Thursday, October 28, 2010

Dr. JEYAKUMAR MENYAMAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA GAGAL MEMBERIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT

SIDANG AKHBAR/ PRESS CONFERENCE

Dr. JEYAKUMAR MENYAMAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA GAGAL MEMBERIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT

DR. JEYAKUMAR TO SUE THE MALAYSIAN GOVERNMENT FOR DENYING ALLOCATION MEANT FOR PARLIAMENT SG. SIPUT

Buat kali pertama dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, Ahli Parlimen PSM, Dr Kumar akan menyaman Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana tidak memberi peruntukan pembangunan kawasan Parlimen sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet.

PSM MP Dr. Jeyakumar would perhaps be the first Opposition Parliament Member to sue the Malaysian Government for refusing to give any allocation to the Government for refusing to give any allocation to Opposition parliamentary members.

Tarikh : 29 / 10 / 2010 (Jumaat/Friday)
Tempat : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Masa : 10.30 am/pagi

Adalah diharapkan bahawa saman ini akan membongkarkan isu peruntukan ini kepada masyarakat umum dan untuk mengenalpasti ke manakah perginya peruntukan yang sebanyak itu yang sepatunya diberikan untuk pembangunan rakyat.

Kami berharap pihak media akan hadir dan memberi liputan luas kepada isu ini. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi 0192537791 @ 0165910564. Kerjasama pihak media amat dialukan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,



S. Arutchelvan

Labels:

Tuesday, October 26, 2010

Gambar Sekitar Film Festival 2010 @ Johor Bahru

Kredit Gambar Kepada : Jezz Anwar Mashhar





Labels:

Ulasan Freedom Film Festival 2010 @ Johor Bahru



Program di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Wakaupun ada acara di tempat lain, contohnya di Pasir Gudang, iaitu perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor FC dan Negeri Sembilan pada malam yang sama, namun kehadiran lebih 80 orang ke program pada hari tersebut adalah mengesankan.

Apa yang perlu dilakukan oleh KOMAS selain dari semata-mata tayangan filem ialah, penganjuran kursus-kursus pembikinan filem dan kelas-kelas hak asasi, terutamanya berkaitan dengan isu-isu dan peristiwa yang telah dan sedang berlaku di bandaraya Johor Bahru.

Terlalu banyak peristiwa dan tragedi yang menimpa masyarakat Johor Bahru. Ruang demokrasi perlu diperluaskan lagi. Pendokumentasian perlu dijalankan. Orang-orang kampung perlu dididik dengan pendidikan politik, agar tiada siapa yang boleh mengambil kesempatan ke atas mereka.

Namun sebenarnya yang lebih penting ialah, kemahuan penduduk tempatan itu sendiri yang berinisiatif dengan bergerak, berusaha dan cenderung untuk merubah masyarakat. Program ini didatangkan khas dari Kuala Lumpur, dan hanya sekali dalam setahun.

Justeru, anak-anak tempatan (Johor Bahru) itu sendiri yang perlu giat dan aktif menyedarkan masyarakat. Kepada anak-anak muda lain yang ignorance/tidak peduli dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kita ucapkan kepada mereka bak bidalan lama - "Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya"

Saya masih menunggu lagi filem hak asasi PERTAMA dari JOHOR BAHRU !!

Labels:

Tuesday, October 19, 2010

Freedom Film Fest 2010 @ JOHOR BAHRU!



Freedom Film Fest 2010 kembali untuk tahun yang ketujuh. Festival filem tahunan mengenai hak asasi manusia ini akan diadakan sepanjang bulan Oktober & November, di bandar utama di seluruh negara termasuk Petaling Jaya, Johor Bahru, Miri dan Georgetown!

Masa : Sabtu | 23 October | 8:00pm - 11:00pm
Tempat : Hotel Tropical Inn, Johor Bahru (Hujung Jalan Wong Ah Fook)

Tayangan Filem :

Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah : SHERIDAN MAHAVERA & SITI NURBAIYAH | 2010 | 30 MIN

Ini adalah kisah pemindahan sebuah kuil dan dua masyarakat setempat. Filem ini menyingkap dan melihat disebalik tabir laporan media yang telah disensasikan bagi memahami bagaimana konflik telah dicetuskan. Ia menunjukkan bagaimana sikap extremis boleh diapi-apikan apabila kita gagal mengambil iktibar dan menangani situasi ini secara bertanggungjawab.

Pilih : LOO QUE LIN | 2010 | 30 MIN

Adakah institusi-institusi pengajian tinggi tempatan memperkasakan generasi muda untuk melibatkan diri dalam masyarakat demokratik, atau hanya memupuk anak muda yang tidak mampu berfikir secara kritis? Filem ini yang dibawa dalam bentuk program wawancara mengkaji realiti pilihanraya kampus secara kreatif disamping memaparkan kepentingan terhadap pembangunan negara. Ia menunjukkan mengapa golongan belia mempunyai sikap tidak ambil tahu, dan bagaimana demokrasi berfungsi di Malaysia.

Hak Dinafikan : ABRI YUK CHOPIL & SHAFIE BIN DRIS | 2010 | 30 MIN

Pada 7 Mac 2010, lebih daripada 2,000 Orang Asli telah berhimpun sebagai tanda protes terhadap cadangan polisi tanah baru, yang dipercayai tidak membawa manfaat kepada mereka. Dokumentari ini yang dibuat oleh sekumpulan orang asli – menyuarakan pendapat mereka mengenai isu ini.

Labels:

Tuesday, October 12, 2010

Jangan Cabul Hak Pekerja! Kemenangan Rakyat Diraikan!



Tuesday, 12 October 2010

Piket serentak di 7 buat tempat di Malaysia sempena membantah pindaan 3 buat akta pekerjaan di Malaysia ditukar kepada Sidang akhbar apabila Timbalam Menteri Sumber Manusia hari ini mengumumkan bahawa Rang Undang-undang pinda Akta Kerja 1955 ditarik balik tanpa memberi sebarang alasan di sesi Parlimen yang sedang berlangsung kini.

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) telah menganjurkan bantahan dan sidang akhbar dihadapan Warta di Bandar Baru Bangi. Seramai 20 orang iaitu wakil pekerja, Aktivis JERIT dan DEMA telah menyertai dalam sidang akhbar dan bantahan tersebut.

Banner ”Hentikan Pindaan Akta Pekerja" dan slogan-slogan seperti ”Hidup Rakyat Hidup Pekerja”, ”Jangan Cabul Hak Pekerja”, ”Kerajaan Hentikan Terus Pindaan” turut sama dilaungkan dalam himpunan yang dimulakan pada pukul 5.30 petang hingga 6.00 petang.

Labels:

Protes Bantah Pindaan Akta Pekerja! Hentikan Sebelum Diluluskan di Parlimen! Monday, 11 October 2010



Tempat Piket -

Di Hadapan Petronas, Semenyih , Selangor
Di Hadapan Pasaraya Warta, Bangi, Selangor
Bas Stop Simpang Balak, Balakong, Selangor
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Di Hadapan Kilang Belton, Sungai Siput, Perak
Station Bas, Jalan Utama, Tasek, Ipoh, Perak
Bayan Lepas FTZ, di jalan seberang Kilang Robert Bosch

Turun berikan sokongan solidariti anda! Jangan biarkan kerajaan gadaikan hak kita sebagai pekerja kepada majikan demi mengaut keuntungan!

Labels:

Activists Decry Changes To Employment Act

Friday, 08 October 2010
Source: FreeMalaysiaToday

By Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Draconian, oppressive, inhuman, a suck-up to the rich and a betrayal of the working man—these are some of the epithets civic groups are using to describe proposed amendments to the Employment Act that the Human Resources Ministry will soon table in Parliament.

R Ravindrakumar, a member of the Malaysian Bar’s Industrial Law Committee, said the amendments would put a halt to workers’ industrial freedom.

Speaking at a press conference in the presence of other labour activists, he said some of the proposals would have the effect of restricting workers’ access to justice when their employers unlawfully dismiss them.

Under the current law, he explained, “when an employee’s termination is unlawful, the chairman of the industrial court will determine whether the employee’s termination was done with just cause.”

The proposed amendments, however, identify several groups of employees that will not have the benefit of seeking redress through the industrial court.

These groups would include those who earn RM10,000 and above a month, those who have accepted retrenchment benefits, and those on fixed-term contracts, such as probationers. This would go against the Federal Constitution, which provides for equality before the law, according to Ravindrakumar.

He said: “If the constitution says that everyone is equal, why exclude certain people? When you exclude them, what remedy to they have?

“At best, they could go to civil court, which has no power to reinstate an employee back to his job.” The amendments will go through their second reading in Parliament this month. There are also plans to amend the Industrial Relations Act and the Trade Union Act.

Draconian

S Parameswari, a representative of Gabungan Membantah Akta Pekerjaan, said the amendments would be detrimental to local workers employed in factories because they will have to go through sub-contractors instead of dealing directly with their employers.

“The ultimate implication is that the direct relationship between the workers and the employees will be lost,” she said. She also pointed out that under the amendments, employers would get an extension of 30 days to remit overtime payment to their workers, compared to seven days under the current law.

Furthermore, employers will get more freedom in setting working hours. “If they call you up at 3am, then you have to work at that hour,” Parameswari said. Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general S Arutchelvan said the proposed amendments were the most draconian in 40 years of Malaysian industrial history.

“For more than 10 years, civil society has been asking for other policies, such as minimum wage, funds to be given to those who have been retrenched and automatic registration to trade unions, but the government has not passed any of these laws,” he said.

“What they are doing now is making the laws favourable to big corporations.”
He added that workers were beginning to lose faith in the government’s promise to institute a minimum wage regulation.

“We feel that it is not going to happen because minimum wage is opposed by the employers’ federation. They have delayed this for many years and all they do is please the foreign investors.” Arutchelvan also accused the Najib administration of insensitivity to the rights and needs of the poor in removing subsidies for essential items and proposing the Goods and Services Tax.

“But the government does not touch subsidies to the big corporations,” he said.
Other groups represented at the press conference were Suaram, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Joint Action for Gender Equality (JAG), Parti Rakyat Malaysia (PRM) and Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP).

Labels:

Proposed Labour Law Amendments 'Worst In 40 Years'



Friday, 08 October 2010
Source: Klik4Malaysia
Friday, 01 October 2010 17:24 Philip Ho

Kuala Lumpur, Oct 1 - Parti Sosialis Malaysia Secretary-General S. Arutchelvan called the proposed labour law review by the Human Resources Ministry that will be tabled in the coming Parliament sitting 'draconian' as it practically destroys whatever remaining rights workers have left.

"This is the worse amendment in 40 years," he told reporters at a press conference earlier this afternoon.

Arutchelvan was joined by representatives from Malaysian Trades Union Congress (MTUC), Bar Council, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) and also Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

According to Arutchelvan, the Human Resources Ministry has proposed a new category of employers that is made up of sub-contractors and employers would have to go through those sub-contractors for labour supply while the workers would have to go through the sub-contractors for job placements.

"Employers do not even have to worry about firing workers. The sub-contractors do the dirty work for them," Arutchelvan said. "Workers also cannot take the employers to the Industrial Court because they were employed by sub-contractors."

"This amendment will kill (worker) unions and destroy job security which is the basic right of everyone," Arutchelvan said adding that only 8% of the workers are unionized and that the amendments would signal the end of unions.

He then questioned Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's 1Malaysia campaign of 'people first, performance now' as the government has been dragging its feet on the requests by the workers regarding the Retrenchment fund, Minimum Wage and Automatic registration of Trade Unions.

"This issue has been pending for 10 years," he added, saying that the Human Resources Ministry has done nothing to alleviate the financial status of some 1.3 million workers who earn less than RM700 in a month. "Some only earn about RM350 onwards. They can only earn more if they work overtime and that is around RM900," he said.

According to Arutchelvan, the ministry had known about this situation in addition to a study by World Bank that showed Malaysia's wage trend had recorded a growth of 2.6% annually for the last 10 years, which is lower than the inflation rate.
He expressed his disappointment that the ministry was further adding to the woes of the workers as the proposed amendments to the labour law would take away from the workers and giving it to the employers.

When asked what would be the ideal range of minimum wage so that workers would no longer have to work double shifts to make ends meet, Arutchelvan replied that they (PSM) would be very happy if the government would honour their promise of RM 1,500 per month.

"I think it is impossible to go beyond that, knowing our government," he laughed.
Arutchelvan then reiterated PSM's stand against the ministry's proposed amendments. We want the government to stop all amendments to the labour law."

Meanwhile, V. Selvam from PSM alleged that the ministry had carried out a nationwide study regarding the wages of workers back in 2005-2006 but have since 'buried' the reports.

"The reports were buried... nothing was heard about it anymore... suddenly the ministry proposed to setup a minimum wage council for security guards. Even then, the ministry suspended the implementation that was supposed to happen in July this year.

"Prior to that, the ministry also commissioned University of Malaya (UM) to conduct a nationwide research for the minimum wage of plantation workers back in year 2000 but no action was taken," he told K4M in an exclusive interview. According to Selvam, the study conducted by UM revealed.

Labels:

KENYATAAN AKHBAR HARI HABITAT : HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT !

Isnin, 1 Oktober 2010

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) seperti tahun-tahun yang lepas menyambut Hari Habitat Sedunia pada 3hb Oktober ini sempena menuntut perumahan selesa untuk rakyat Malaysia. Setiap tahun isnin pertama dalam bulan Oktober akan dijadikan sebagai Hari Habitat Sedunia. Pada tahun ini Hari Habitat Sedunia akan disambut pada 4hb Oktober 2010.

HARI HABITAT SEDUNIA: SEMANGAT DEKLARASI ISTANBUL 1986

Hari Habitat Sedunia ini lahir akibat daripada semangat Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, Turkey pada tahun 1986 yang memberikan keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa yang perlu disediakan oleh kerajaan masing-masing. Ini adalah kerana isu perumahan khasnya tidak mencukupi menjadi isu global sejak bertahun-tahun. Maka, Deklarasi Istanbul diusahakan untuk mengingatkan kerajaan sesebuah negara untuk membina rumah yang mencukupi dan selesa untuk rakyat mereka supaya satu kehidupan yang nurani dapat dinikmati oleh rakyat disesebuah negara.

Tema antarabangsa Hari Habitat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) “ Better City Better Life’.

SAMBUTAN HARI HABITAT DI MALAYSIA: KEMPEN HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT

Kempen Hak Perumahan Hak Rakyat telahpun dimulakan oleh Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang(JSML) dan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan pada pertengahan tahun ini dengan melakukan roadshow kesedaran di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pinang.

JERIT berpandangan bahawa isu perumahan pekerja Ladang dan Penghuni flat khasnya tidak mendapat satu perhatian dan penyelesaian daripada pihak kerajaan walaupun banyak kali isu mereka sudah diutarakan kepada kerajaan Malaysia.

Pekerja ladang sehingga hari ini tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk melindungi mereka daripada di usir oleh syarikat-syarikat perladangan dan pemaju. Walaupun ada Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang yang dimulakan oleh Perdana Menteri ke 2, dan kerajaan telah beri Dana 10 juta untuk implementasinya namun sehingga hari ini skim ini tidak berjaya keseluruhannya. Kerana ianya satu SKIM dan bukannya Undang-Undang maka skim Perumahan ini bergantung sepenuhnya kepada keinginan syarikat perladangan.

Manakala, penghuni flat pula menghadapi pelbagai masalah khasnya dari segi rumah yang bersaiz kecil (650 kaki persegi untuk rumah flats), penyelengaaraan yang tidak memuaskan dan kos penyelenggaran yang tinggi, masalah kemudahan yang infra dan sosial yang lemah ,kepadatan yang tinggi dan sebagainya. Penduduk flats dikenakan dua jenis bayaran untuk penyelengaraan, iaitu duit penyelengaraan bulanan dan cukai taksiran tahunan. Malah, penduduk yang tinggal di Flats Kos Rendah terpaksa membayar bayaran maintenance yang tinggi berbanding dengan penduduk yang tinggal di rumah teres kos medium.

Mantapkan Kempen

Maka untuk memantapkan lagi kempen perumahan maka JERIT pada hari ini secara rasminya melancarkan Poster kempen Hak Perumahan Hak Rakyat. JERIT sebagai sebuah Gerakan rakyat akan meneruskan kempen di peringkat kebangsaan..
Maka sempena dengan Hari Habitat Sedunia 2010, kami ingin menuntut kepada Kerajaan Malaysia untuk bersama-sama memastikan isu perumahan rakyat diselesaikan dengan segera. Kami menuntut,

1. Pengubahan Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang kepada Undang-undang
2. Sekiranya ladang dijual, kerajaan ( Pusat & Negeri) harus memastikan pekerja ladang diberi perumahan alternative sebelum tanah itu dibangunkan
3. Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi Flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia.
4. Penghuni flats tidak dibebankan dengan bayaran berganda penyelenggaraan dan cukai
5. Perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti

Labels:

Kerajaan Anti-Pekerja : Hentikan Pindaan Dalam Undang-Undang Pekerjaan !!!

Monday, 04 October 2010

01 Oktober 2010, Bar Council – Satu sidang akhbar diadakan oleh Gabungan Membantah Pindaan Akta Pekerjaan untuk menyatakan pendirian tentang cadangan pindaan oleh Kementerian Sumber Manusia(KSM) dalam 3 undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Moon Hui dari Suaram mempengerusikan sidang akhbar ini; Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia, Maria Chin wakil kumpulan wanita, Sunthar wakil pekerja dari JERIT, dan Swee Nee wakil pelajar dari DEMA telah menyertai sidang akhbar ini.
Sidang akhbar dimulakan dengan penjelasan ringkas mengenai cadangan pindaan akta dan implikasinya kepada pekerja Saudari Paremeswari (penyelaras Gabungan).

Salah satu pindaannya adalah menggalakkan kontraktor secara meluas dalam menawarkan tenaga kerja dan mengalihkankan tanggungjawab majikan kepada kontraktor. Jika pindaan ini diluluskan, maka pekerja tidak akan ada hubungan terus dengan majikan dan majikan tidak akan bertanggungjawab segala penganiyaan yang berlaku kepada pekerja. Ini adlah satu pindan yang amat serius dan sudahpun dibentang untuk bacaan pertama dalam sesi Parliman Mac 2010.

Labels:

Kerajaan Anti-Pekerja : Hentikan Pindaan Dalam Undang-Undang Pekerjaan !!!

Monday, 04 October 2010

01 Oktober 2010, Bar Council – Satu sidang akhbar diadakan oleh Gabungan Membantah Pindaan Akta Pekerjaan untuk menyatakan pendirian tentang cadangan pindaan oleh Kementerian Sumber Manusia(KSM) dalam 3 undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Moon Hui dari Suaram mempengerusikan sidang akhbar ini; Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia, Maria Chin wakil kumpulan wanita, Sunthar wakil pekerja dari JERIT, dan Swee Nee wakil pelajar dari DEMA telah menyertai sidang akhbar ini.
Sidang akhbar dimulakan dengan penjelasan ringkas mengenai cadangan pindaan akta dan implikasinya kepada pekerja Saudari Paremeswari (penyelaras Gabungan).

Salah satu pindaannya adalah menggalakkan kontraktor secara meluas dalam menawarkan tenaga kerja dan mengalihkankan tanggungjawab majikan kepada kontraktor. Jika pindaan ini diluluskan, maka pekerja tidak akan ada hubungan terus dengan majikan dan majikan tidak akan bertanggungjawab segala penganiyaan yang berlaku kepada pekerja. Ini adlah satu pindan yang amat serius dan sudahpun dibentang untuk bacaan pertama dalam sesi Parliman Mac 2010.

Labels:

Forum Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Jawatankuasa Kerja FOS Johor



Nik Abdul Aziz,Arutchelvan Dan Liew Chin Tong Berceramah Dalam Forum Sambutan Ulang Tahun Ke-9 JK Kerja FOS Johor

Forum bertajuk “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” dan Majlis makan sempena sambutan ulang tahun ke-9 Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor sudah pasti akan berlangsung pada 17 hb Oktober (Ahad) di Taman Universiti Sport Club, Skudai di Johor.

Pada 2 hb dan 8 hb September, Encik Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Mat selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia telahpun menerima jemputan untuk menghadirkan diri sebagai ahli panel forum tersebut masing-masing.

Pada masa yang sama, mereka turut bersetuju untuk membentangkan kertas perbincangan mereka.

Forum dan Jamuan Pada 17 Oktober Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-9 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM

Forum dan Jamuan pada 17hb Oktober Sempena
Sambutan Ulangtahun Ke-9
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM

Jawatankusa Kerja Sahabat Suaram (Friends of Suaram) Negeri Johor akan menganjurkan forum “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” serta jamuan ulangtahun ke-9 pada 17hb Oktober 2010, jam 2pm hingga 6.30pm, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai. Forum akan mula tepat jam 2pm hingga 5pm, manakala jamuan akan bermula pada 5pm dan tamat pada 6.30pm. (Terkini!)

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram telah menjemput 3 tokoh politik negara untuk menjadi panel dalam forum ini. Antara yang dijemput adalah Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang.

Labels:

Bersama Penduduk Kampung Tok Siak & Kampung Setanggi Serah Memo ke Nusajaya





Oleh : Syed Othman Abdullah

Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi mara setapak lagi, bosan dengan sikap pemaju Tebrau Teguh, Upen Johor dan pemimpin politik setempat sebahagian penduduk bertindak beramai-ramai ke Pejabat Menteri Besar Johor di Nusajaya.

Memorandum dan tandatangan beramai-ramai penduduk diserahkan bagi meminta Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman untuk campur tangan segera bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku lebih 8 kali dalam masa setahun.

Walau bagaimanapun Menteri Besar Johor tidak turun dan dikhabarkan sedang mengadakan mesyuarat exco dan memorandum ini diterima dengan diwakili oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.

Terdahulu sebelum itu berberapa pemimpin politik setempat cuba mempengaruhi penduduk dan sesetengahnya diugut untuk tidak pergi beramai-ramai ke Nusajaya dengan diberikan payung dan t-shirt berlambang dacing serta diugut tidak akan menerima bantuan sebanyak RM 300.

Ramai penduduk yang berbelah bahagi dengan situasi ini, sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak ini menandakan mereka sekali lagi cuba memanipulasi rakyat dengan gula-gula yang tidak seberapa seolahnya ini adalah kempen pilihanraya.

Di Nusajaya lain pula halnya, rombongan penduduk kampung disambut dengan kehadiran anggota polis berpakaian preman yang cukup ramai kira-kira 50 anggota dipercayai dari pasukan bermotor ninja, cawangan khas, polis dari balai Nusajaya juga dari IPD Johor Bahru Utara dengan dibantu pengawal keselamatan kompleks kerajaan Johor Nusajaya.

Penduduk hanya dibenarkan seramai 6 orang untuk naik keatas tetapi setelah berunding beberapa kali, semua rombongan yang hadir berjaya naik dan meluahkan sendiri hasrat dan aduan mereka kepada Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.

Bangkit Demi Menuntut Hak !!!

Labels:

Punca Banjir Lapan Kali Banjir di Kg Setanggi & Kg Tok Siak Buat Demo





Oleh : Syed Othman Abdullah

Siapa yang tidak marah, kalau dalam masa tidak sampai setahun sejak Februari 2010 sudah 8 kali Kampung Setanggi & Kampung Tok Siak banjir.

Banjir tersebut pastinya mendatangkan kerugian yang cukup banyak kepada penduduk atau diistilahkan sebagai trauma. Pantang hujan adalah sahajalah andaian dan persepsi akan timbul.

Qada' & Qadar pastinya datang dari Allah Tuhan Sekian Alam. Bukankah asbab dan kejadian yang berlaku itu ada hikmah disebalik musibah bagi makhlukNya yang mengambil peringatan dan pengajaran.

Tangan-tangan rakus manusia hasil aparat-aparat jahil dan korup menjadikan rakyat sebagai mangsa, sedar tidak sedar di sana ada ahli keluarga kita yang mesti diselamatkan. Bukan sahaja banjir kerana air bah tetapi paling malang kalau ianya bah maksiat.

Kita tinggalkan persoalan tersebut buat manusia yang mahu berfikir. Kejadian banjir ini menyebabkan penduduk kampung lebih kurang 300 orang atau kurang lebih 100 keluarga cukup bimbang bilamana hujan turun dengan lebat pada waktu malam.

Kampung ini dibuka selepas lima tahun negara ini merdeka iaitu tahun 1963 dan masih ada lagi warga penduduk awal yang membuka kampung tersebut masih hidup biarpun keadaan uzur seperti imam kampung tersebut yang sudah buta.

Hasil tinjauan kami baru-baru ini bersama penduduk satu rumusan telahpun dibuat. Punca banjir tersebut adalah disebabkan anak Sg Tampoi yang melalui kampung tersebut telah dikecilkan dan diempang menjadi kolam disempadan Kg Setanggi dan Kg Hajah Hasnah Ahmad yang menyebabkan air tidak mengalir semulajadi terus kelaut.

Sesetengah kawasan yang yang rendah ada yang mencecah paras dada sehingga banjir dan majoritinya paras pinggang. Dikampung tersebut terdapat orang-orang tua dan kurang upaya yang dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan duduk atau berdiri tidak tahu hendak kemana.

Banjir tersebut cukup cepat naik dan surut paling lama mengambil masa empat jam dan peruntukkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat dihulurkan kerana JKM mensyaratkan mestilah banjir tersebut melebihi enam jam.

Anak Sg Tampoi tersebut dikecilkan oleh pemaju Tebrau Teguh Berhad yang sedang rancak membina tapak dan struktur rumah-rumah flat untuk penempatan semula setinggan yang diberi nama Perumahan Melayu Iskandar.

Penduduk sepertinya tidak mampu untuk mengemas rumah kerana lapan kali banjir yang melanda kampung membuatkan penduduk kini semakin hilang sabar dan menuntut pemaju Tebrau Teguh Bhd dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor turun padang membayar gantirugi diatas kerugian yang ditanggung selama 8 kali banjir.

Labels:

Rakyat Ditipu ! Kroni Didahulukan !



Kenaikkan harga minyak, gula dan Gas : Rakyat Ditipu! Kroni di dahulukan!

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengecam tindakan Kerajaan Malaysia meningkatkan harga minyak petrol diesel, petroleum gas cair dan gula yang berkuatkuasa mulai hari ini. Sudahlah harga makanan sedang melambung tinggi, sekarang harga petrol dan yang lain pula dinaikkan. Bukankah ini akan menyebabkan harga makanan naik lagi dan kos hidup rakyat meningkat? Tindakan PM Dato Seri Najib yang tidak bertanggungjawab ini memang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang PM yang gagal untuk melindungi kebajikan rakyat.

Rakyat dibodohkan! Kroni Didahulukan!

Alasan kerajaan adalah, ini langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut PM penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara. kerajaan tidak mampu membayar subsidi dan sebaliknya duit subsidi akan digunakan untuk pembangunan. Inilah yang dikatakan setiap kali harga petrol dinaikkan.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan rakyat yang lebih memerlukannya. Sehingga kini, rakyat tidak pernah menikmati apa yang kerajaan janjikan.Manakala, setiap kali kerajaan hanya umumkan kenaikan harga barang. Persoalannya penyelarasan subsidi ini untuk siapa? Rakyat ke atau Kroni BN?

Labels:

Cadangan Kepada Protes



Oleh : Suhaizan Kaiat

Barang Naik, siapa yang menjadi mangsa ?

Pada hari jumaat 15-Julai-2010, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol ron 95 sebanyak 5 sen, ron 97 mengikut harga pasaran(tiada subsidi diberikan),diesel sebanyak 5 sen, gula dinaikkan sebanyak 25 sen dan gas LPG dinaikkan sebanyak 10 sen bagi setiap sekilogram. Kenaikkan barang 5 dalam 1 ini dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya. Kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik. Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal. Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya.

Kalau ada pun kawalan yang lemah ini, mungkin kerajaan hanya boleh kawal harga barang kawalan seperti minyak, beras, tepung dan lain-lain tetapi kerajaan tiada pun mekanisma untuk mengawal barang-barang bukan terkawal seperti ikan, sayur, sabun dan lain-lain. Kerajaan dan pihak yang bersekutu dengannya sering menyerahkan kepada pengguna sendiri untuk mengawalnya. Mereka berkempen agar tidak memberi keperluan harian yang mahal ini. Persoalannya mereka yang berpendapatan tinggi tidak terasa dengan kenaikan ini. Mereka yang terasa dengan kenaikkan ini adalah golongan berpendapatan rendah seperti buruh, pekebun kecil, peniaga kecil dan lain-lain lagi. Golongan berpendapatan tinggi tidak kisah pun kenaikkan harga barang, mereka tetap akan membeli apa sahaja barang tetapi golongan berpendapatan rendah terus terhimpit dengan kenaikkan ini. Maka kempen memboikot barang-barang yang naik ini tidak akan berjaya sebab mereka semua tidak boleh disatukan. Mengikut sejarahnya, tiada usaha pemboikotan kenaikkan harga barang selama ini yang berjaya pun. Maka mangsa kenaikkan harga barang yang diumumkan oleh kerajaan ini adalah anak-anak dan keluarga yang berpendapatan rendah.

Selama ini golongan keluarga berpendapatan rendah dibandar-bandar khususnya telah pun mengikat perut untuk menghadapi zaman-zaman sukar ini. Gaji mereka tetap tidak naik. Keluarga mereka tetap bertambah. Mereka telah habis berusaha mengubah cara hidup cadangan Dato Seri Najib Tun Razak. Walaupun Najib tidak mampu mengawal isterinya berbelanja tetapi rakyat terbanyak sudah tiada pilihan kecuali mengikat perut keluarga mereka. Jika sebelum ini perbelanjaan mereka telah depesit, maka setelah kenaikkan harga barang ini tentulah hutang mereka akan bertambah. Apakah jalan penyelesaikan kepada masalah mereka? Bank tidak layan, jiran-jiran pun senasib dan keluarga pun tidak dapat membantu. Yang ada hanyalah “Along” yang boleh membantu 36 jam sehari. Maka “Along” lah pilihan mereka. Oleh itu golongan yang paling gembira dan bertambah kaya dengan kenaikkan harga barang adalah “Along”. Maknanya kerajaan secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan “Along”. Kalau rakyat sudah terjebak dengan “Along” maka menderitalah seumur hidup selagi UMNO-Barisan Nasional dan “Along” masih berkuasa. Cara mudah menghadapi masalah “Along” adalah dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional(BN).

Bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan kepada Jawatankuasa Memprotes Kenaikkan Harga Minyak( PROTES) yang akan bermesyuarat esok agar memberi fokus bantahan isu kenaikkan harga barangan keperluan ini kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa. PROTES tidak perlu memfokuskan kepada batahan kenaikkan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara kita , tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan. Mungkin PROTES itu sendiri perlu di “rebranding” dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN). Antara contoh tuntutannya adalah pertamanya mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah. Formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan. Keduanya menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP). Ketiganya sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%. Keempatnya menambah perutukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menbiyayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya hapuskan rasuah sepenuhnya. Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita.

Labels:

IPCMC, POLIS DAN BN

Friday, July 30, 2010

IPCMC, POLIS DAN BN
S.ARUTCHELVAN

(Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah mengadakan forum " Antara Penyalahgunaan Kuasa Polis dan Kerajaan Barisan Nasional pada 24hb Julai 2010 bertempat di Persatuan Bekas Penuntut Taiwan JB. Berikut merupakan teks ucapan En. Arutchelvan yang merupakan Pengarah SUARAM dan Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia)

1. Polis memainkan peranan khas dalam politik Malaysia
2. Dari segi sejarah, polis memang telah menjadi faktor yang telah menyelamatkan pemerintahan BN.
3. Polis sentiasa dan terlalu defensif apabila dipersoalakan tentang kelemahan mereka.
4. Mengapa IPCMC Itu Penting.
5. Tetapi apakah IPCMC dan apakah yang disajikan oleh kerajaan sekarang.
6. Hanya kuasa rakyat boleh merefomasi polis.
7. Kesimpulan.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang berbeza dan jauh lebih penting berbanding dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.

Di negara-negara lain di Asia Tengara, pihak tenteralah memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik parti pemerintah di Negara tersebut.

Kestabilan politik dan keselamatan Negara sebenarnya tidak ada kaitan dengan faktor luar seperti ancaman tentera dari Negara lain, tetapi ia lebih menumpu kepada kestablilan, keselamatan dan ketenteraman parti pemerintah di Negara-negara tersebut.

Pembelian alatan tentera dan sebagainya lebih merupakan satu projek untuk mendapatkan komisyen dimana ia dapat disembunyikan dibelakang akta rahsia dan soal keselamatan Negara.

Di banding dengan Negara lain, tentera memainkan peranan penting, kita dapat lihat bagaimana di Negara Burma (Myanmar) demokrasi terkubur kerana pemerintahan tentera, Di Thailand, mana-mana kerajaan hanya boleh memerintah jika ada sokongan tentera. Begitu juga di Phippines dan Indonesia.

Di negara-negara ini, pemimpin terpaksa mempunyai hubungan dengan pihak tentera kerana sokongan tentera boleh menentukan berjayanya atau kecundang sebuah pemerintahan.

Di Malaysia, agak berbeza dimana peranan yang biasanya dimainkan oleh tentera ini dimainkan oleh polis.

Polis menjadi rakan yang paling penting dan berpengaruh untuk memastikan kerajaan BN terus memerintah.

Justeru itu adalah penting untuk pemerintah memastikan polis sentiasa memberikan kerjasama kepada mereka dan akur dengan arahan mereka.

2. Dari Segi Sejarah, Polis Memang Telah Menjadi Faktor Yang Telah Menyelamatkan Pemerintahan BN.

Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Cawangan Khas begitu penting. Cawangan Khas terlibat langsung dalam menghancurkan pelbagai gerakan pekerja dan kiri dari dalam. Mereka diberi penghargaan atas peranan mereka memerangi Komunis pada satu masa dulu.

Pernah seorang tahanan ISA diberitahu oleh SB semasa interrogation ISA. Kami polis boleh menentukan seiapakah Perdana Menteri Negara ini. Tiba-tiba kemalangan boleh berlaku dan sebagainya.

Namun satu perkara yang nyata adalah Jabatan SB memang merupakan satu Jabatan yang berpengaruh, bijak dan kurang rasuah. Kebanyakan Ketua Polis Negara datang dari Jabatan ini – Haniff Omar, Norian Mai dan Rahim Noor sebagai contoh. Jabatan ini memang amat penting dari aspek politik berbanding dengan Jabatan lain. (Namun Musa Hassan adalah satu pengecualian.Beliau datang dari Jabatan Jenayah. Mungkin beliau diberi jawatan tertinggi polis sebagai satu penghargaan kerana peranan beliau dalam kes liwat Anwar pertama.

Senjata paling berbeza Pemerintah pula adalah ISA dan untuk menggunkan senjata ini, peranan polis amat penting. Oleh yang demikian tanpa kerjasama polis, ISA tidak boleh dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, ISA digunakan untuk menumpaskan gerakan pelajar pada tahun 1974, Operasi lalang pada tahun 1987, digunakan terhadap Reformasi pada tahun 1998 dan baru-baru ini digunakan untuk menentang Hindraf pada tahun 2007.

Selain itu, itu menghancurkan politik Anwar, polis digunakan dengan berleluasa dari aspek memanupulasi bukti, mendera saksi dan sebagainya. Kes liwat terhadap Anwar adalah satu sirkus dikendalikan dalam mahkamah kijang. Semasa kes Anwar liwat pertama, Musa Hassan sebagai saksi polis telah berkata beliau sedia menipu jika ia diperlukan. Kini dalam kes liwat Anwar ke 2, polis terus terlibat.

Dalam isu Altantuya pula, dua orang Pengawai Polis dari UTK terlibat langsung dalam pembunuhan Altantuya. Apakah motif mereka dan siapakah dibelakang mereka? Mengapa tidak ada rekod di imigeresan bahawa Altantuya ada memasuki Negara. Sekali lagi polis memainkan peranan. Bagaimana dua tertuduh sehingga hari ini, ramai yang tidak tahu apakah rupa mereka.

Selepas sahaja Tsunami pilihanraya 2008, dan semasa Anwar bercakap tentang hendak mengambilalih Parlimen. Pada ketika itu, tiba-tiba polis dan tentera memulakan latihan bersama dan ini juga dikendalikan dan ketuai oleh Polis. Justeru itu, peranan polis begitu penting berbanding dengan tentera.

Untuk sekian lama, Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri dalan Negara kerana menerusinya boleh mengawal polis dan boleh menggunakan ISA untuk menangkap musuh politik dan membenteras gerakan rakyat.Tren ini hanya berubah semasa penggal akhir Dr. Mahathir dimana beliau telah menjadi Menteri Kewangan apabila melihat bahawa mengawal sumber kewangan adalah lebih penting pada zaman moden ini.

Begitulah reputasi polis sehingga Malaysia sering dikatakan Negara Polis. Police State. Pada Oktober 2006, Mahathir berkata Badawi telah menjadikan Malaysia sebuah Negara Polis.

Oleh yang demikian, Polis adalah satu institusi yang amat kuat dan berpengaruh. Gerakan demokrasi dan hak asasi sering meminta polis untuk akur kepada rakyat dan bersikap profesyenal. Bagi Polis, kesetiaan mereka adalah kepada kepimpinan tertinggi polis dan kepimpinan tertinggi ini adalah budibicara parti pemerintah.

Oleh yang demikian, secara jujur adalah amat sukar untuk menuntut polis bersikap neutral. Polis adalah sebahagian daripada sistem dan idelogi parti pemerintah.

Namun kempen selama ini adalah untuk menuntut polis bersikap adil, jujur , profesyenal dan mematuhi undang-undang.

3. Polis Sentiasa Dan Terlalu Defensive Apabila Dipersoalakan Tentang Kelemahan Mereka

Bolehkah Polis membuat reformasi dalaman. Saya berpendapat ia adalah mustahil selagi polis terikat dengan keputusan politik dari parti pemerintah daripada boleh mengambil keputusan secara bebas dan profesional.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Menurut beliau tujuan cogankata ini adalah menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati. Maka reputasi polis memang mempunyai masalah sejak sebelum merdeka lagi.

Pada tahun 1996, suaram bersama beberapa organisai lain bercadang mengadakan satu tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai dan juga pengadu untuk mengutarakan beberapa masalah mengenai salahguna kuasa polis dan isu yang melibatkan hak asasi orang dicabul oleh polis. Seramai 10 orang pengadu dari pelbagai sektor termasuk aktivis politik, peneroka Bandar, pekerja migrant, pekerja ladang telah dijemput untuk memberikan keterangan mereka dihadapan satu panel yang terdiri dari orang kenamaan seperti bekas hakim dan aktivis hak asasi manusia. Pihak polis juga dijemput untuk diberikan peluang untuk memberi pandangan merekla. Namun pihak polis telah bertindak dan menuduh para penganjur forum ini berbau komunis kerana mereka menggunakan perkataan rakyat. Ketua Polis negara ketika itu Rahim Noor juga telah berkata bahawa jika penganjur teruskan program ini, maka mereka boleh ditangkap dibawah ISA. Polis dan KDN terus mengugut sehingga program tersebut dibatalkan dan terdapat juga Persataun yang tarik diri dari menjadi penganjur bersama dan sebagainya.

Namun 2 tahun selepas insiden ini pada tahun 1998, majoriti rakyat Malaysia terutamanya komuniti Melayu bangkit menentang polis ekoran isu mata hitam DS Anwar Ibrahim. Ini mungkin kali pertama ribuan rakyat turun protes di jalanraya menuntut Ketua Polis negara pada masa itu Tan Sri Rahim Noor dipecat.

Insiden tersebut telah membongkarkan banyak perkara. Pertama Datuk Sri Anwar Ibrahim telah ditahan dalam satu operasi oleh UTK ala Ninja pada 20 September 1998. Beliau telah dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan dalam lock-up. Mata beliau ditutup dengan kain dan tanganya diikat, Beliau kemudian dibelasah oleh orang yang pada masa itu beliau tidak ketahui tetapi mensyaki Ketua Polis Negara sendiri menerusi suara.

Anwar kemudian ditahan dibawah ISA. Beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapa termasuk peguam. Namun Ketua polis Negara dan PM mengatakan Aawar selamat tetapi hanya kemudian baru diketahui bahawa penahanan isa adalah untuk membolehkan mata hitamnya pulih.

Polis menyiasat aduan mata hitam Anwar ini yang menjadi isu hangat di dalam dan di peringkat Anrtarabangsa. Seorang Bekas Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba dibelasah dalam lock-up. Jika ini boleh berlaku kepada bekas Timbalan PM bagaimana pula dengan rakyat biasa. Rakyat tidak dapat menerima lojik ini dan cukup marah.

Insiden ini berlaku dalam lock-up, Anwar diikat dan dibelasah. Masa insiden berlaku adalah sebelah malam. Mengikut prosedur lock-up, selepas 6 petang, seorang tidak boleh lagi disoal siasat.

Polis mengambil berbulan-bulan untuk menyiasat kes ini dan akhirnya pihak Pendakwaraya Peguam negara mengatakan bahawa tidak ada bukti cukup untuk menuduh mana-mana pihak. Perdana Menteri pada masa itu Dr. Mahathir pula berkata Anwar mungkin pukul diri dia sendiri.

Seluruh masyarakat civil dan anatarabangsa tidak dapat percaya bahawa polis masih tidak dapat menyelesaikan satu masalah yang berlaku dalam ibupejabat mereka. Akhirnya atas desakan dan protes orang ramai, Perdana Menteri terpaksa memanggil untuk satu Suruhanjaya diraja menyiasat inisden ini dan dalam inquiry tersebut, akhirnya Rahim Nor mengaku beliaulah orang yang belasah Anwar Ibrahim.

Beberapa persoalan timbul disini

Dapatkan polis menyiasat diri sendiri ? Setelah berbulan-bulan polis siasat, mereka masih tidak dapat mencari siapakah penjenayah yang pukul Anwar.
Jika satu salahguna kuasa dilakukan oleh pegawai bawahan, kita boleh berkata tindakan itu adalah isolated tetapi dalam insiden ini, Ketua Polis Negara sendiri terlibat. Beliau memecahkan hampir semua undang-undang yang ada, mencabul hak orang tahanan, mendera dan mencederakan mangsa dalam tahanan. Jika seorang IGP boleh berlakuan begini, apakah ini menunjukkan mengenai polis itu sendiri secara keseluruhan.

Tetapi respon polis adalah mereka telah menukar kepada moto baru MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999.

Setelah 192 tahun instusi polis moden diperkenalkan, barulah polis telah berhujah mengenai KHIDMAT MESRA (Friendly Policing).

Selaras dengan itu semua pegawai dan anggota polis kena memakai lencana baru MESRA untuk menunjukkan komitmen mereka. Poster dan pelekat and car sticker juga dibuat untuk memperingatkan polis mengenai tugasan mereka.

Di antara ciri-ciri "Khidmat Mesra" ialah kesediaan untuk bermesra, peramah dan berbudi bahasa, tingkahlaku dan pertuturan yang sopan, sentiasa bersedia untuk menolong, nada suara yang tidak dipengaruhi emosi, tidak emosional dan tenggelam punca, air muka yang manis, menghindari perang mulut, tenang dan mengawal keadaan, bersabar dan tidak menyeleweng, pendengar yang baik, mengutamakan maklumat daripada sentimen, memberi penjelasan bukan leteran, cekal hati dan tegas.

Pada sekitar tahun 2002, insiden kematian dalam tahanan polis dan tembak mati yang dilakukan oleh polis semakin mendapat liputan. Police watch mendakwa satu kematian setiap dua minggu dalam lock-up polis. Pada tahun 2003 sahaja, 23 mati dalam tahanan polis. Ini adalah satu rekod pada masa itu.

SUHAKAM sendiri sejak penubuhan pada tahun 2000, telah menjalankan 5 inquiry awam mengenai salahguna kuasa polis dan banyak daripada hasil siasatan mendapati polis bersalah.

Kempen dari orang ramai, protes dan lain-lain. Liputan media yang meluas telah menyebabkan, Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Abdullah Badawi membentuk suruhanjaya Diraja untuk menambahbaik pasukan polis.

Suruhanjaya ini dibuat untuk memodenkan pasukan polis, menambahbaik perkhidmatan polis dan keberkesananya, membasmi rasuah dan salahguna kuasa polis dan mengembalikan keyakinan keyakinan orang ramai terhadap polis.

Suruhanjaya ini akhirnya telah memberikan 125 cadangan termasuk satu cadangan untuk pembentukan satu Suruhanjaya bebas menyiasat salahlaku polis – IPCMC.

Laporan ini juga cukup comprehensive dan memberikan banyak cadangan yang jika diimplementasi sudah pasti akan mereformasi Institusi polis. Laporan ini juga berkata bahawa Rasuah mesti ditangani dan rasuah berlaku disemua peringkat polis dan amat memudaratkan dan serius.

Pool yang dibuat oleh media tempatan terus menyokong pandangan ini dan meminta IPCMC ditubuhkan.

Respon Polis adalah cukup standard. Mereka telah membuat satu soalselidik dibalai dan kemudian mengumumkan lebih 90% rakyat Malaysia amat puashati denagan khidmat polis.

Mereka kemudian telah memperkenalkan satu lencara yang tertulis Saya anti rasuah. Polis diberi peluang samada mereka mahu pakai atau tidak. Hampir semua memakainya.

Maka kita boleh melihat sebahagian besar daripada reformasi yang cuba dibawa oleh polis adalah berbentuk kosmetik sahaja seperti lencana mesra dan lencana anti rasuah.

Kini slogan baru polis adalah Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul sementara cogan kata Integriti Amalan Kita menggantikan Saya Anti Rasuah.

Menurut Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar bertarikh 26hb Mac 2008 , " perubahan itu bertujuan antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anggota serta pegawainya agar lebih sensitif terhadap hak rakyat dan pada masa yang sama berlaku adil kepada semua pihak. Slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang."

Tan Sri juga berkata "persepsi masyarakat juga diharap akan berubah menjadi positif apabila setiap tindakan dan keputusan dapat diperakui dengan menjadikan slogan baru sebagai kayu pengukur tahap berhemah pasukan Polis."

Baru - baru ini, survey The Merdeka Center dikalangan 1,028 mengundi di Semenanjng Malaysia antara Mei 6 sehingga 16.mengenai isu Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis mendapati 58% tidak puas hati dengan polis, 25 puas hati manakala lain tidak memberi reaksi.

Reaksi polis adalah mengugut dan akan suruh polis untuk tidak bertugas jika rakyat tidak puas hati.

Di Johor sendiri kita telah melihat kes Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan di Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28, ISA kerana beliau telah membuat aduan berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru.

Maka inilah Polis. Mereka tidak suka dikritik. Setiap kali ada tentangan terhadap mereka, merka akan membuat beberapa perubahan kosmetik tetapi dari segi isi sebenarnya tidak ada banyak yang berubah.

4. Mengapa IPCMC Itu Penting

Oleh yang demikian, terbukti kita memerlukan satu badan bebas sepeti IPCMC untuk menyiasat salahlaku kuasa polis . Polis tidak boleh menyiasat diri sendiri seperti kini tuduhan terhadap Kugan dan banyak lagi kes lain yang melibatkan polis.

Buat masa ini, jika ada sebarang aduan mengenai polis, cara adalah melalui satu daripada tindakan dibawah

i) Aduan kepada Jawatankuasa Tatatertib – isu disiplin
ii) SUHAKAM – tetapi polis tidak mahu beri kerjasama dan inquiry dan akhirnya SUHAKAM terpaksa mendapat kebenaran atau lampu hijau dari Ketua Setiausaha Negara
iii) Meja hak asasi ?
iv) IGP siasat secara peribadi ?
v) Biro Pengaduan awam
vi) Kes Sivil Mahkamah

Suruhanjaya Diraja untuk menambah baik Pasukan Polis memberi 125 cadangan dan antara cadangan yang paling maju adalah memberikan kerajaan setahun untuk mengimplemtasi IPCMC pada tahun May 2006, setahun selepas dicadangkan tetapi sehingga kini, setelah 5 tahun ia masih belum dilaksanakan.

Tetapi apabila IPCMC pertama kali diungkitkan, maka polis mengamuk. Mereka tidak setuju dan mereja juga telah mengugut kerajaan untuk tidak impelemtasi. Walaupun antara Pesuruhjaya ini adalah bekas Ketua Polis Negara – Tun Haniff Omor. Namun cadangan IPCMC ini mendapat bantahan keras dari anggota polis.

Bila undang-undang seperti IPCMC ingin ditubuhkan di Hong Kong , memang reaksi yang sama telah diberikan oleh polis termasuk mogok tetapi di Hong Kong kerajaan disana ada kewibawaan politik dan oleh yang demikian meeka Berjaya membina Insitusi bebas dan antara yang paling disegani diperingkat dunia. Apabila ditanya- mereka berkata kejayaan mereka adalah disebabkan Kerajaan disana mempunyai kewibawaan politik untuk membentuk badan seperti IPCMC.

Pada June 2009, menjawab satu soalan dari Pesuruhjaya hak asasi manusia bangsa-bangsa bersatu, kerjaaan Malaysia berkata bahawa kerajaan dalam proses membentuk satu badan bebas dan berkecuali tetapi bukan IPCMC.

Badan baru ini dikatakan ada skop yang lebih besar dari IPCMC dan akan meliputi agensi kerajaan lain dan dalam proses perbincangan di Parlimen.

5. Tetapi Apakah IPCMC Dan Apakah Yang Disajikan Oleh Kerajaan Sekarang

The Independent Police Complaints Misconduct Commission (IPCMC) telah mengeluarkan cadangan mereka pada tahun 2005 dan telah deraf satu bill yang mempunyai 104-klausa dan memberikan dateline untuk mei 2006 diimplementasi.

Kemudian dikatakan pihak Peguam Negara sedang mendapat maklumbals dari pelbagai agensi kerajan dan badan-badan lain pada November 2007. Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz pula mengatakan bill akan dibentang dalam sidang Parlimen seterusnya.

Tetapi pada Disember 2007, kerajaan telah cadangkan satu bil lain untuk mengantikan IPCMC iaitu Special Complaints Commission (SCC) Bill. SCC begitu teruk dimana Ketua polis negara dan MACC duduk dalam suruhanjaya baru ini. Apakah ia ini adalah bebas dan berkecuali?

Kemudian SCC tidak dibentang dan kemudian pada tahun 2009, the Enforcement Agencies Integrity Commission Bill digubal dan diluluskan dalam dua Dewan pada 30 Jun 2009 and 9 July 2009. Bill ini elah digazet pada 3 September 2009.

Undang-undang baru ini sekali lagi tidak mempynai kuasa seperti IPCMC. EAIC tidak mempunyai kuasa mendakwa , akan folus 21 agensi dan bukan polis sahaja.

Matlamat asal IPCMC kini telah dicairkan.Tetapi sehingga kinie EAIC masih belum dilaksanakandan akan diletakaan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

IPCMC memang indepemndet, dan ada kuasa mendakwa yang badan-badan seperti suhakan tidak ada. Maka mungkin itu sebabnya ia tidak dilaksanakan.

6. Hanya Kuasa Rakyat Boleh Merefomasi Polis

Inilah scenario yang ada. Namun demikian jika dibanding, banyak kemenangan yang diperolehi kebelakangan ini kesemua ini adalah disebabkan desakan, kempen dan protes rakya yang berterusan.

Antara kemenangan adalah

i) Tempoh Reman dari 14 hari sudah jadi 7 hari untuk kesalahan kecil
ii) 113 telah dimansuhkan
iii) Panggilan telefon untuk peguam dan ahli keluarga
iv) ISA dikatakan akan digubal

Kesimpulan

Polis adalah satu institusi yang menjadi factor mengapa BN dapat berkuasa sekian lama. Namun demikian, dalam zaman multimedia yang cukup canggih ini, adalah amat sukar untuk melakukan penyelewengan dan menyembunyikannya. Dalam suasana ini, memang masa peluang untuk rakyat mereformasi polis namun ia bukan semudah itu.

Namun adalah amat perlu untuk polis didesak mengikut etika kepolisan dan profesyenal menjalankan tugas. Dan perlu ada instutusi untuk mengawal polis dan gerakan rakyat mesti berterusan untuk memastikan polis itu akur kepada kehendak rakyat.

Labels:




Petisyen 26 Parti Politik Dan Pertubuhan Masyarakat Negeri Johor
Kepada Perdana Menteri

Memandangkan perasaan terkejut dan depress rakyat pelbagai kaum terhadap dua kes tembak mati yang berlaku di Negeri Johor dan banyak lagi kes-kes seumpama ini seluruh negara tidak diberi perhatian dan respon yang sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab, 26 buah parti politik dan pertubuhan masyarakat di Negeri Johor, mewakili rakyat pelbagai kaum di Negeri Johor, memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Perdana Menteri dan Kerajaan BN. Kami amat berharap parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, pertubuhan-pertubuhan ugama dan NGO-NGO lain di Negeri Johor akan turut endos petisyen ini.

Tindakan penghantaran petisyen akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8hb Julai 2010 (Khamis)
Masa : Pukul 11 pagi
Tempat : Parlimen Malaysia

Penghantaran petisyen akan diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang. Ahli keluarga mangsa kes mati ditembak polis di Johor turut akan bersama.

Sekian terima kasih.


Petisyen 26 Parti Politik Dan Pertubuhan Masyarakat Negeri Johor

Kepada Perdana Menteri

Kerajaan Wajib Bertanggungjawab Keatas Tindakan Pihak Polis Sering Melepaskan Tembakan Sesuka Hati Dan Sikap Polis Tidak Mengendahkan Nyawa Rakyat


Kami, 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat Negeri Johor berasa terkejut dan cukup benci terhadap kes kematian suspek disebabkan oleh tembakan polis yang sering berlaku kebelakangan ini. Kami juga berasa terkejut dan cukup benci terhadap cara pihak berkenaan menangani kes-kes sebegini. Tanpa saluran lain, pihak kami terpaksa menghantar petisyen kepada Perdana Menteri.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bahru telah menerima dua aduan tentang pembunuhan rakyat jelata oleh tembakan polis. Berikut merupakan keterangan peristiwa berkaitan 2 kes tersebut:-

1. Pada 20hb Oktober 2008, lebih kurang pukul 3 pagi, tiga pemuda berketurunan India yang berumur lebih kurang 30 tahun, Agustin A/L Mahamenathan, M. Jagathesan dan Siva telah diserang oleh polis dengan tembakan di Taman Johor. Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva berjaya melarikan diri. Mengikut sijil kematian[1] yang ditunjukkan oleh keluarga Agustin, dia mati kerana kecederaan sebab tembakan di dada dan abdomen. Pihak polis mendakwa pihaknya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri kerana mangsa cuba menetak anggota polis dengan pisau pemotong daging dan parang semasa ditahan oleh polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun.[2]

Menurut Justin A/L Mahamenathan (abang kepada mendiang Agustin) dan Siva yang berjaya melarikan diri, ketiga-tiga mangsa berteman ke sebuah kedai perjudian haram yang terletak di Taman Johor. Lebih kurang jam 1 pagi, empat orang anggota polis yang berpakaian biasa telah masuk ke kedai tersebut dan menggari ketiga-tiga mangsa selepas tunjukkan kad kuasa polis. Agustin diheret keluar oleh polis, manakala Siva dan Jaganathan masih berada dalam kedai. Kedengaran beberapa das tembakan dari luar kedai sejurus selepas itu. Siva dan Jaganathan turut diheret keluar dari kedai selepas itu. Gari mereka kemudiannya dibuka dan mereka diarahkan melarikan diri manakala empat anggota polis yang terbabit pula melepaskan tembakan dari belakang. Jagathesan terkena tembakan dan jatuh ke atas lantai manakala Siva berjaya melarikan diri. Menurut Siva, anggota polis terus melepaskan tembakan kearah Jagathesan yang telah jatuh.

2. Pada 20hb Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Bin Arin, 18 tahun, menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Bin Marsawai yang juga berumur 18 tahun telah dikejar dan ditembak mati oleh 3 orang polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang. Mohd Afham mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di arteri jantung[3]. Pihak polis mendakwa, dalam sidang akbar keesokan harinya, bahawa 3 polis peronda bermotosikal cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya. Pihak polis melepaskan tembakan atas alasan mempertahankan diri kerana pembonceng motosikal iaitu Mohd Fridaus melibas pedang terhadap anggota polis. Insiden berakhir dengan Mohd Afham terbunuh manakala Mohd Firdaus berjaya melarikan diri[4].

Mohd Fridaus telah membuat satu akuan sumpah pada 7hb Januari 2010, yang menyatakan mangsa dan dia tidak pernah menyerang polis dengan pedang, dan mereka juga bukan “peragut” yang disifatkan oleh pihak polis. Pada 19hb Oktober 2009, selepas makan malam di Taman Scientex dengan kawan, Mohd Afham dan Mohd Firdaus telah menunggang sebuah motosikal menuju ke rumah kakak Mohd Afham di Taman Daya.

Semasa tiba di lampu isyarat depan Taman Johor Jaya, mereka didatangi tiga buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki yang tidak dikenali. Tiga lelaki tersebut cuba memperhentikan motosikal mereka. Mereka tidak berhenti kerana beranggapan tiga lelaki itu adalah perompak. Salah seorang dari tiga lelaki tersebut telah meneriak ”Polis!Polis!Polis” terhadap mereka. Oleh kerena tiga lelaki itu tidak beruniform dan tidak tunjukan kad kuasa polis, maka mereka tidak berani hentikan motosikal.

Mereka terus memecut ke arah Pasir Gudang. Selepas lebih kurang setengah jam kejar-mengejar, Mohd Firdaus kedengaran satu das tembakan dari belakang dan dia terus mengangkat tangan sebagai tanda serah diri. Dia kedengaran das tembakan kedua, mangsa dan dia terus jatuh dari motosikal ke arah yang berbeza. Sekali lagi tembakan kedengaran. Sepucuk pistol diacukan kearah Mohd Firdaus. Mohd Firdaus sekali lagi mengangkat tangan sebagai tanda serah diri.

Dalam keadaan bingung dan takut, dia telah berundur dan jatuh ke cerun semak di belakangnya. Mohd Firdaus telah mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri. Dia kemudiannya membuat panggilan di sebuah pondok telefon dan meminta kawannya datang untuk menjemputnya. Selepas itu, Mohd Firdaus tidak mendapat sebarang berita dari Mohd Afham. Mohd Firdaus pergi kerja seperti biasa pada keesokan hari. Dia hanya diberitahu oleh ahli keluarga Mohd Afham bahawa Afham telah ditembak mati oleh polis pada 12 tengahari.[5]

Kedua-dua kes tersebut diatas yang berlaku di Johor dan Kes Aminulrasyid yang berlaku di Shah Alam, Selangor [6] telah menunjukkan bahawa:

Pertama, mangsa-mangsa ini semuanya “disyaki” oleh polis sebagai “perompak”. Pihak polis turut mendakwa mangsa ditembak mati kerana cuba menyerang anggota polis dengan pisau dan pedang.

Kedua, tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis adalah bertujuan membawa maut kerana tembakan semuanya disasarkan ke dada, abdomen dan jantung.

Ketiga, alasan bahawa pihak polis melepaskan tembakan demi mempertahankan diri sukar dipercayai oleh orang ramai.

Tindakan pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenang atas nama “mempertahankan diri” dan sikap yang tidak mengendahkan nyawa rakyat telah membawa kesan negative yang serius. Rakyat pelbagai kaum kini hidup dalam ketakutan kerana risau akan jadi magsa seterusnya. Mengikut tinjauan soal selidik bebas yang dibuat oleh Merdeka Centre, seramai 58% rakyat tidak puas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam mengendalikan kes Aminulrasyid dan antaranya seramai 70% kaum Cina tidak puas hati dengan tindakan polis manakala untuk kaum Melayu seramai 50% tidak puas hati dan 32% puas hati, dan untuk kaum India, 64% tidak puas hati dan 18% puas hati dangan tindakan polis. Seramai 91% rakyat seluruh Malaysia pernah dengar tentang kes Aminulrasyid[7]. Perangkaan soal selidik ini secara kasar telah mencerminkan kecenderungan dan pendapat rakyat jikapun tidak seratus peratus tepat.

Rakyat pelbagai kaum menaruh harapan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk mengambil tindakan menghentikan perbuatan kejam polis yang tidak mengendahkan nyawa, KPN bukan sahaja tidak meminta maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat jelata di atas tidakan pihak polis tidak melindungi nyawa dan harta rakyat dengan baik malah mengeluarkan kenyataan sombong dan angkuh bahawa “beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat”[8]. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pula tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara yang angguh dan sombong itu.

Jika keadaan tidak mengendahkan nyawa rakyat oleh pihak polis, sikap keangkuhan ketua Polis Negara dan perangai membutakan mata Menteri Dalam Negeri terus berlaku tanpa berhenti, rakyat pasti akan berpendapat bahawa dakwaan kerajaan BN bahawa “tugas polis adalah melindungi nyawa dan harta rakyat” hanya merupakan satu penipuan. Kalau situasi ini bertambah teruk, apa yang akan terjadi kepada usaha Tuan Perdana Menteri untuk membentuk “Satu Malaysia” adalah amat ngeri direnungi.

Justeru itu, Kami menyeru Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional harus bertanggungjawab atas tindakan pihak polis yang tidak mengendahkan nyawa rakyat:--

1. Mengarah Ketua Polis Negara meletak jawatan dan mengambil tindakan undang- undang keatas anggota polis yang terbabit.

Sebagai pegawai tertinggi dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia, Ketua Polis Negara dengan hanya menyebelahi hujah anak buahnya, bukan sahaja menolak tuntutan munasabah pihak keluarga mangsa dan masyarakat, malah mengeluarkan kenyataan yang angkuh dan sombong. Ini telah menjatuhkan maruah rakyat pelbagai bangsa negara kita. Beliau harus meletak jawatan dengan segera. Anggota polis yang terbabit harus dibicara dan menerima hukuman dengan adil. Pihak kerajaan pula harus menegakkan keadilan dengan membersihkan nama baik mangsa dan memberi ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat segala kes tembak mati oleh Polis.

Pada pendapat kami, hanya Suruhanjaya Diraja yang bebas dan berkuasa dapat mencungkil rasiah sebenar kematian mangsa-mangsa kes tembak mati polis. Lain dengan mahkamah koronel, Suruhanjaya Diraja mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dalam proses penyiasatan. Mahkamah koronel pula hanya bergantung kepada bukti yang dikemukakan oleh pihak Polis untuk menentukan punca kematian. Fungsi sebenar mahkamah koronel hanya untuk endos, dari segi undang-undang, apa-apa sebab kematian yang dikemukakan oleh pihak polis.

Suruhanjaya Diraja dibentuk daripada pakar undang-undang dan perubatan. Keputusan Suruhanjaya Diraja yang berdasarkan siasatan bebas dari pelbagai aspek dipercayai lebih adil. Suruhanjaya Diraja juga kelihatan lebih neutral dan berkecuali.

3. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memantau Salahguna Kuasa Polis.

Pada tahun 2005, Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan sebanyak 125 cadangan untuk menambahbaikkan institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM), antaranya termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Namun, cadangan tersebut tidak diambil serius oleh Kerajaan. Sebaliknya kerajaan melalui Menteri Jabatan Perdana Menteri, YB Mohamed Nazri, dalam jawapan bertulis kepada YB Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Parlimen pada 14hb Jun ini, mengumumkan kerajaan telah mewartakan penubuhan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dibawah naungan Jabatan Perdana Menteri pada 3hb September tahun lepas[9]. SIAP akan menguruskan aduan terhadap 21 agensi kerajaan termasuk PDRM. Sifat keadilan, kebebasan dan keberkesanan SIAP amat diragui kerana ditempatkan di bawah naungan Kementerian Perdana Menteri. Kami berpendapat bahawa, penubuhan IPCMC adalah satu-satunya cara untuk menghentikan salahguna kuasa dan tembak mati rakyat oleh polis.

Berikut merupakan senarai organisasi yang telah endos petisyen ini sehingga kini (Susunan ikut turutan balas) ——

1. Friends of Suaram Johor Bahru
2. Suara Rakyat Malaysia
3. Democratic Action Party ( Cawangan Taman Ungku Tun Aminah)
4. Parti Keadilan Rakyat ( Cawangan Kluang)
5. Democratic Action Party ( Cawangan Bakili)
6. Democratic Action Party ( cawangan Muar)
7. Jawatankuasa Mempertahankan SJK(c) Damansara Asal, Kluang
8. Parti Keadilan Rakyat ( Cawangan Johor Bahru)
9. Persekutaun Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor
10. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
11. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia (IKATANPADU)
12. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia (IKATANPADU) Cawangan Johor
13. DEMA
14. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
15. Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (Kaw.Tebrau)
16. Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (Johore)
17. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Johor
18. DAP negeri Johor
19. PRO-TEM Parti Keadilan Rakyat cabagan Tanjung Piai
20. Persahabatan Semparuthi
21. Hindraf Human Right Party
22. Persatuan Dravidar Malaysia
23. Persatuan Neri Malaysia
24. Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Taman Bukit Indah
25. Parti Sosialis Malaysia ( Cawangan Nusajaya)
26. Malaysian Indian Business Association
27. Parti Keadilan Rakyat Cabang Pulai
28. Malaysian Catholic Students' Council (MCSC)
29. Akar Bangsa Malaysia (AKRAB)

Labels:

Pendapatan Kami Terjejas : Orang Asal Teluk Jawa, Masai, Johor




Oleh : Syed Othman Abdullah

Pada sebelah pagi Semalam 6.07.2010 saya telah membuat satu sidang media berkenaan dengan masalah Pencemaran di Persisiran Pantai Teluk Jawa Masai Johor.Oleh pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan alam sekitar dan sumber pendapatan orang asli di Teluk Jawa.

Beberapa nelayan membuat bantahan berhubung penerokaan tanah tebing sungai Luchu yang dilakukan pihak Pemaju.

Beberapa penduduk yang bekerja sebagai nelayan Laut di Kampung Teluk Jawa Masai mendakwa, pendapatan harian mereka mulai terjejas sejak berlaku penerokaan di sepanjang tebing sungai terbabit habis hutan hutan kayu bakau di tebang

Nelayan Deli bin Tik, mendakwa, pendapatannya kini terjejas teruk kerana di sepanjang pantai Teluk Jawa di kambus pihak berkenaan untuk tujuan pembangunan.

Kami Asal memang orang kampung di sini dan memang kerja kami nelayan sungai sejak turun temurun," katanya.

Menurutnya, jika dulu boleh dapat ketam ,udang namun kini ia agak sukar.

Sehubungan itu, dia menggesa pihak berkaitan supaya memandang serius masalah dihadapi mereka dengan adil dan telus dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di Kawasan tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Walaupun projek tersebut dikatakan dirancang antara kerajaan dan pemaju (syarikat), tetapi mereka mengharapkan pihak berkaitan dapat memikirkan nasib kebanyakan nelayan yang meraih rezeki di kawasan tersebut.

dia mendakwa, kerja-kerja menebang pokok hutan bakau menutup lubuk tempat di mana dipenuhi udang dan ketam dan pelbagai spesies lain.

“Saya memang kesal dan tidak menyangka lubuk rezeki kami ditutup. Malah langsung tiada sebarang surat hitam putih mahupun maklumat berhubung penebangan ke atas pokok hutan bakau yang sememangnya lokasi utama tumpuan nelayan mencari sumber rezeki.

Seorang lagi nelayan, berkata, menyatakan kebimbangan tentang kemusnahan yang akan berlaku ke atas batu karang yang terdapat di kawasan yang terlibat dengan operasi mengorek tanah di kawasan tersebut.

"Kawasan tangkapan nelayan tercemar kerana air laut menjadi keruh dan demi mengatasi masalah itu, ada nelayan terpaksa pergi ke kawasan lain yang agak jauh untuk menangkap ikan. ''Ini telah memberi tekanan dan menambah kesusahan kepada nelayan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk bahan diesel dan petrol," katanya.

Labels:

GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA(GMPP)



Wednesday, 14 July 2010

Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP/ JERIT) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Pendidikan Percuma. Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak mendapat pendidikan percuma yang adil untuk semua.

Sebagai langkah permulaan GAMP telah mengadakan Bengkel “ Kempen Pendidikan Percuma” di antara kumpulan-kumpulan anak muda dan aktivis mahasiswa pada 1 Julai 2010 di Dewan komuniti Seksyen 7, Kota Damansara. Seramai lebih 30 orang anak muda yang terdiri daripada kumpulan Pemuda sosialis, KARISMA, GAMIS, KAMI dan LA SALLE IPOH telah menghadiri bengkel ini.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan antara kumpulan anak muda tentang kerelevanan ‘Kempen Pendidikan Percuma” di Malaysia dan membentuk Jawatankuasa Kempen. Sebulat suara anak muda yang hadir telah menyokong penuh kempen ini dan barisan jawatankuasa telah dibentuk dengan nama “Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)” pada akhir bengkel.

Antara topik yang diperbincangkan sepanjang bengkel ini adalah Konsep Kempen Pendidikan Percuma yang dibentangkan oleh Sdri Santhana dari Pemuda Sosialis. Beliau telah menerangkan tentang kenapa pendidikan perlu diberi percuma dan persoalan-persoalan yang wujud tentang kempen ini.

Beliau juga mempersoalkan yuran sekolah yang kian meningkat walaupun kerajaan mewar-warkan bahawa yuran sekolah di Malaysia sangat murah. Jika murah kenapa masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak mampu membayar yuran dan menghantar anak mereka ke sekolah?

Labels:

Monday, October 11, 2010

Jangan Sekadar Menerima Memo! Laksanakan Seruan Rakyat!



Jangan Sekadar Menerima Memo! Laksanakan Seruan Rakyat!
Friday, 02 July 2010

1 Julai 2010: Hari ini, Kementerian Sumber Manusia di Pusat Bandar Damansara dihadiri lebih 50 orang pekerja menuntut kerajaan menggubal akta gaji minima dengan segera. Para pekerja sudah muak dengan kajian bertahun- tahun kerajaan dalam isu penggubalan akta gaji minima ini dan menyeru kerajaan melaksanakan akta ini dengan segera jika prihatin terhadap kehidupan rakyat!

Seramai 30 orang delegasi telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam sebelum menyerahkan memorandum tuntuan pekerja. Alasan kerajaan bahawa hanya seramai 70 orang sahaja yang telah respon kepada maklumbalas kerajaan di blog tentang penggubalan akta gaji minima langsung tidak boleh dipakai! Apakah pekerja yang bekerja lebih 12 jam sehari ingin melawati laman blog kerajaan untuk menyatakan maklumbalas mereka? Ribuan ramai lagi yang langsung tidak mengetahui hal ini sedang dilakukan kerajaan!

Labels:

JERIT dissappointed with MOHR response : Will Submit Memorandum to DEMAND MINIMUM WAGE ACT!



Thursday, 24 June 2010

For the past one decade, Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, Jaringan Rakyat Tertindas (GPKK/JERIT), Malaysian Trade Union Congress (MTUC) NGOs as well as individuals have been petitioning for a minimum wage act . Memorandums, letters, surveys and studies have been submitted again and again Ministry of Human Resources urging the Government to enact Minimum Wage Act in Malaysia.

Yet, there is no implementation of national minimum wage in Malaysia. What we have is consistent statements with the same excuses by the every newly appointed Minister and Deputy Minister of Human Resources on why minimum wage could not be implemented in Malaysia.


Despite all the memorandums and surveys, the newly appointed Human Resource Minister Datuk Dr. S Subramaniam announced that his ministry had launched a blog to obtain publics views on governments’ proposal to implement minimum wage. And yesterday, the deputy Human Resources deputy minister Datuk Maznah Mazlan told Parliament that the government had only received a total of 77 responses from the public since March this year and the feedback is too small to implement the policy.

The answer by the Deputy Minister is totally unacceptable. What about the many memorandums submitted earlier , how about the 80,000 signed cards submitted by GPKK, JERIT in 2006 in the parliament demanding a minimum wage act. Aren’t all this feedback from the people supporting minimum wage act? Do you think a normal worker knows about the poll done in a blog opened by MOHR? Why is it that when the government wants to take away subsidies there is open day, exhibitions and various leaflets , whereas the poll about minimum wage is done hush hush .

Enough of this stories. The Ministry wants feedback well we will be giving them feedback. GPKK, JERIT will coming over to Ministry of Human Resource on 1/ 7/2010 to submit a memorandum on Minimum Wage based on feedback of workers in Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Selangor, KL , Perak, Kedah and Penang. We hope the minister Datuk Dr S. Subramaniam and his deputy will be present to accept our memorandum and listen to the workers issues. Then we will be able to judge whether the minister is committed in implementing the minimum wage act or it is just drama to scam the people.

Statement released by
Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan
JERIT
Contact person : Parames. S : 0192612269

Labels:

Petisyen Desak UKM Gugur Tuduhan

Petisyen di internet desak UKM gugur tuduhan
Monday, 24 May 2010

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melancarkan kempen petisyen online untuk mendesak Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggugurkan tuduhun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Auku) terhadap mahasiswanya kerana didakwa berkempen di Hulu Selangor.

Presiden Gamis, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata petisyen tersebut bermatlamat untuk mengutip 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak UKM menggugurkan segera terhadap terhadap pelajar terbabit.

Empat pelajar terbabit ialah Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, dan Woon King Chai.

Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link tersebut: http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html

"Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pihak pentadbiran UKM.

"Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan KPT bagi membuktikan suara bantahan mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata Mohd Idris dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Gamis berharap ia merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Auku yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.

'Akta ini tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu," katanya.

Labels:

Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010 “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”



Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010 “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”

Forum Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia ditetapkan pada 15hb Mei di Johor Bahru

Datuk Seri Nizar, Dato Zaid Ibrahim, Yeo Yang Poh Berkongsi Pengalaman Diri

(Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010)

Forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia” anjuran bersama dua badan NGO, iaitu Persahabatan Semparuthi dan Friends of Suaram (FOS) Negeri Johor ditetapkan pada 15hb Mei 2010 (Sabtu). Forum akan bermula pada 8:30pm dan berakhir sebelum 11:30pm. Forum ini akan diadakan di Aras 4 Tropikal Inn (Alamat: 15, Jalan Gereja, 80100 JB), Johor Bahru. Forum ini terbuka kepada semua rakyat yang ambil berat tentang keadaan politik Negara kita. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Panel jemputan Forum termasuk bekas Menteri Besar negeri Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dato’ Zaid Ibrahim dan bekas pengerusi Majlis Peguam Negara Encik Yeo Yang Poh. Panel-panel akan membentang dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (mengikut keperluan semasa dan ditentukan oleh Panelist) dan mengemukakan kertas perbincangan.

Labels:

Forum on "Consitutional Crisis in Malaysia - Why 2 Menteri Besars in Perak"

Sunday, May 2, 2010

2nd Press Statement: Forum on "Consitutional Crisis in Malaysia - Why 2 Menteri Besars in Perak"

Forum on "Consitutional Crisis in Malaysia -
Why 2 Menteri Besars in Perak"

Panelists: Nizar, Zaid and Yeo

The 2nd Media Statement
28th April, 2010

The forum on "Constitutional Crisis in Malaysia - Why 2 Menteri Besars in Perak" will be held as scheduled. The details of the forum are as follows:

Date: 15 May 2010 (Saturday)
Time: 8:30pm
Venue: Tropical Inn, JB

Persahabatan Semparuthi as co-organiser
Persahabatan Semparuthi has agreed to co-organise the forum. Persahabatan Semparuthi is an NGO of the Indian community. It began as a group concerned with the plight of the Indian community in southern region of the State of Johor. It begun with a group of citizens help to popularize a magazine known as "Semparuthi" which focuses on the miserable life of the lower strata of the Indian community. Semparuthi means hibiscus in Tamil. It subsequently develops into a group striving for the rights and well-being of the Indian community as well as other communities.

Labels:

Perkampungan Melayu Iskandar Malaysia Untuk Lapan Kampung Setinggan



Oleh : Syed Othman Abdullah

May 14, 2010
Perkampungan Melayu Iskandar Malaysia Untuk Lapan Kampung Setinggan

Penyerahan sijil kelayakan memiliki rumah kepada ketua-ketua kampung setinggan yang terdiri dari Kg Desa Melayu, Kg Desa Jaya, Kg Desa Makmur, Kg Tengah, Kg Belantik dan Kg Dato' Hajah Hasnah Ahmad baru-baru ini menandakan kerajaan UmnoBN Johor tidak memahami kehendak dan tuntutan majoriti penduduk kg setinggan.

Jawatankuasa Bertindak menyifatkan ini adalah sikap berat sebelah kerajaan Johor dalam menangani isu setinggan dengan meletakkan cawangan-cawangan Umno sebagai orang tengah dan dengan senang hati Dato Abdul Ghani Othman selaku Menteri Besar Johor menyerahkan sijil-sijil tersebut sekaligus menolak tawaran penduduk yang ingin berbincang secara baik dan muafakat dengan kerajaan negeri dalam menyelasaikan isu tuntutan mereka.

Jawatankuasa Bertindak sendiri sebelum ini pernah menghantar memorandum untuk MB Johor campur tangan dengan segera dan turun padang mendengar masalah dan tuntutan penduduk setinggan malangnya sehingga hari ini pelbagai alasan diberikan.

Penduduk setinggan ditawarkan rumah flat bertingkat seluas 850 kaki persegi dengan harga RM35,000 dan dikatakan kos pembinaan rumah dan harga tanah sahaja mencecah RM 139,000 dan kata Ahli Parlimen Johor Bahru Dato Shahrir Abd Samad sepatutnya penduduk kampung berterima kasih.

Jawatankuasa Bertindak menuntut kerajaan negeri dengan segera mempamerkan nama-nama penduduk kampung yang setinggan yang layak memiliki rumah untuk mengelakkan nama penduduk dari tercicir dan kebarangkalian berlaku penyelewengan.

Apa yang berlaku ini sekarang bukanlah penyelesaian terbaik, tetapi ada baiknya kerajaan negeri turun padang dan mengambil pandangan dan pungutan suara dari penduduk termasuklah baki mereka-mereka yang belum mengambil wang saguhati dari MRCB yang kini sedang rancak membangunkan projek 8.1 km Lebuhraya EDL dari Pandan ke CIQ .Gambar di atas saya bersama dengan Jawatan Kuasa bertindak ketika Perjumpaan yang diadakan Pada 9.05 2010. Terima kasih Pas Johor Baharu

Labels:

Union Decries Low Wages In Plantations

Friday, 21 May 2010
Source: FreeMalaysiaToday

By Ken Vin Lek
PETALING JAYA: Malaysian workers will continue to shun the plantation industry until it pays better wages, according to the National Union of Plantation Workers (NUPW).

“Few locals nowadays see it as lucrative to work in the plantation sector,” said the union’s executive secretary A Navamukundan, who accompanied newly elected Hulu Selangor MP P Kamalanathan yesterday on a tour of plantations in the constituency.
According to NUPW figures, there are about 250,000 plantation workers in Peninsular Malaysia and 65% of them are foreigners.

Under their current agreements with NUPW, plantation owners have to ensure a minimum monthly wage of RM350 for every labourer. However, NUPW is seeking an increase from that amount and the case is currently with the Industrial Court.
“This RM350 per month is meant to act as a safety net; it is not a basic monthly wage,” Navamukundan said.

“For example, in the event that the yield of crops is low and bad weather prevents workers from earning their normal daily wages, the wages will be brought up to RM350 for the month.”
Many parties have argued that the figure is inhumanly low.
Minimum wage needed

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC), the umbrella body for trade unions in Malaysia, has for some time been demanding a minimum RM900-per-month wage for all workers in the country.

Responding to claims that workers were seeking help from NGOs instead of NUPW because of the latter’s ineffectiveness, Navamukundan said: “Any man with a problem will seek any avenue to get himself heard. If he is a trade union member, he will go to the trade union.”

“We ourselves fought hard to be recognised by plantation companies.”
Last January, NUPW won a court case against Dynamic Plantations Bhd and IOI Corporation Bhd, both of which had refused to recognise it as the representative of their workers in wage negotiations.

Asked how Malaysians may be encouraged to work in the plantation sector, he said: “As long as employers pay the right wages, then more locals will join the industry.”

PIALA PEJUANG P. VEERASENAN KE-17 : MENGENANGI SEMANGAT DAN PERJUANGAN KOMRAD P. VEERASENAN.



Thursday, 20 May 2010

“ Takde satu team pun akan main kalau kamu tak bagi duit” begitulah katanya satu kumpulan penganjur pertandingan bola sepak di Serdang. Namun kami tak mengalah. Kami menyahut cabaran mereka sehingga Piala Pejuang P. Veerasenan ke- 17 berjaya dapat dianjurkan buat julung kalinya di daerah Serdang hari ini.

Dalam masa Pertandingan bola sepak dikomersialkan dan diperjudikan kami dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bersama pasukan Veteran Serdang dan Aktivis pelajar DEMA,UPM telah berjaya menganjurkan pertandingan persahabatan Piala Pejuang P. Veerasenan di padang MARDI, UPM Serdang. Selama 16 tahun Piala P. Veerasenan telah diadakan di daerah Hulu Langat, Ini adalah kali pertama ianya diadakan di daerah Serdang. Pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk menyebarkan dan mempopularkan piala ini di luar kawasan Hulu Langat dengan harapan semangat dan sejarah P. Veerasenan dapat disemaikan di kalangan anak muda dan belia.

Tidak boleh dinafikan bermain untuk wang sudah menjadi satu budaya dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa mahupun di Malaysia. Namun budaya ini tidak dapat menghapuskan semangat kesukanan yang tulen. Penyertaan 10 pasukan anak muda dan belia telah membuktikan satu penentangan terhadap budaya duit ini. Dalam ucapan Sdr. Arutchelvan yang juga salah seorang pengasas piala ini telah menyeru anak muda dan belia tidak terperangkap dalam budaya duit ini dan sentiasa bertanding dengan semangat kesukanan. Beliau juga mengalakkan pertandingan ini diadakan dikawasan perumahan mahupun perindustrian pada masa akan datang. Syabas! kepada Kumpulan anak muda EWRF –B dari Kajang yang telah memenangi Piala P. Veerasenan Ke-17 tahun ini.

Labels:

Sidang Akhbar MayDay 2010 !



Sidang Akhbar MayDay!

Turun ramai- ramai ke sambutan MAYDAY!

Tuesday, 20 April 2010

Hari ini satu sidang akhbar telah diadakan untuk mengumumkan PERHIMPUNAN AMAN MEI 1, 2010. Sdri Nalini E, Penyelaras mengumumkan bahawa Perhimpunan Aman ini akan diadakan pada 11 pagi di Dataran Merdeka. Namun begitu, orang ramai dinasihatkan untuk berkumpul lebih kurang jam 10.30 pagi. Tema Sambutan Hari Pekerja Tahun ini adalah "RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT".

Menurut Saudara Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), tarikh Mei 1 ini cukup signifikan. Di Malaysia hanya ada 4 hari yang diumumkan sebagai cuti umum wajib iaitu Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan yang di-Pertuan Agung, Hari Keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri dan Mei 1 (Hari Pekerja) adalah salah satu daripadanya. Beliau berkata, pada Mei 1, ada dua kumpulan yang biasanya mengadakan Sambutan Hari Pekerja. Yang pertama ada Jawatankuasa Mei 1 yang mengadakan sambutan ini sejak tahun 1994. Kumpulan kedua adalah MTUC. Menurut Sdr. Arul lagi, Mei 1 tahun ini memfokuskan Cukai GST kerana ia akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja.

Manakala Sdr. YB Dr. Hatta yang juga merupakan Pengerusi Gabungan PROTES, mengatakan rakyat harus turun pada Mei 1 dan membantah perlaksanaan Cukai GST. Sebelum ini Gabungan PROTES telah menangguhkan Perhimpunan Bantah Cukai GST di hadapan Parlimen yang dijadualkan pada 15 Mac apabila Kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-Undang GST. Kini, sebagai menyahut seruan Kerajaan yang mahukan maklumbalas rakyat terhadap GST, Perhimpunan Aman akan diadakan pada Mei 1 untuk menyuarakan pandangan rakyat.

Turut hadir sama adalah Sdr Jayanath dari Saya Anak Bangsa Malaysia. Beliau berkata Perhimpunan ini bukan hanya perlu disertai oleh NGO dan parti politik, malah rakyat jelata harus turun menyuarakan pendapat mereka. Sementara itu, Sdr, Heng Lung dari SUARAM pula menggesa Kerajaan untuk menggubalkan AKTA GAJI MINIMA RM1500 dan bukannya AKTA GST yang akan membebankan rakyat Malaysia.

KENYATAAN AKHBAR
JAWATANKUASA MEI 1, 2010

PERHIMPUNAN AMAN BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT
1 MEI 2010, DATARAN MERDEKA

Pada 1 Mei 2010 sempena Hari Pekerja Sedunia, Jawatankuasa Mei 1 yang dianggotai oleh kumpulan-kumpulan masyarakat dan NGO seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), DEMA, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Persatuan Sahabat Wanita, parti politik seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan juga individu-individu yang prihatin telah membuat keputusan untuk membuat satu himpunan aman untuk membantah Goods and Service Tax (GST).

Hari ini Jawatankuasa Mei 1, penganjur utama Himpunan ini ingin memaklumkan bahawa Himpunan Aman Bantah GST adalah pada 1 Mei 2010, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada pukul 11 pagi. Tema Sambutan Hari Pekerja tahun ini adalah- RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT.
Tarikh 1 Mei dipilih sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut di seluruh dunia. Di Malaysia tahun ini merupakan Sambutan Hari Pekerja yang ke-16 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1. Hari pekerja ini adalah satu hari yang penting yang disambut oleh seluruh warga pekerja di serata dunia untuk mengingat kembali sejarah perjuangan pekerja yang dimulakan pada tahun 1886 yang menuntut 8 jam kerja dan dan cuti satu hari. Perjuangan ini pada asanya bermula di Amerika Syarikat dan tarikh signifikan bermulanya perjuangan ini adalah pada 1hb Mei.
Hasil daripada pejuangan yang berterusan ini, akhirnya pada tahun 1919, Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah menerima waktu kerja 8 jam sehari sebagai piawaian sejagat dan Tarikh 1 Mei diumumkan sebagai Hari Pekerja Sedunia.

Sambutan Hari Pekerja ini akan berfokus kepada isu GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang akan dikenakan terhadap rakyat Malaysia tidak lama lagi. Walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa Cukai GST ini tidak akan dilaksanakan pada masa yang terdekat ini namun, kita percaya bahawa sehingga sekarang kerajaan masih tidak menunjukkan sebarang langkah-langkah untuk memansuhkan terus azam mereka untuk laksanakan GST.

Malah kerajaan telah meminta maklum balas daripada rakyat tentang GST ini. Maka, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan ekonomi khasnya golongan berpendapatan rendah, maka kami telah memutuskan untuk memberikan maklum balas kami melalui satu Himpunan yang aman untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa Kami rakyat Malaysia membantah GST.

Maka, antara Tuntutan Utama kami pada Sambutan Mei 1 adalah:
· Batalkan atau Mansuhkan GST
· Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah
· Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera
· Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.
· Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian .
· Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat
· Hentikan penswastaan perkhidmatan asas
· Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan .
· Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia

Jawatankuasa Mei 1, menganjurkan Himpunan Aman Bantah GST bagi menyeru danmenggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Mei 2010 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap GST. Bersama memansuhkan GST dan membebaskan bumi Malaysia daripada beban cukai yang tidak releven kepada Rakyat.

JOM BANTAH GST
HIDUP RAKYAT! HIDUP PERJUANGAN

Labels: