Tuesday, October 12, 2010

GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA(GMPP)



Wednesday, 14 July 2010

Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP/ JERIT) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Pendidikan Percuma. Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak mendapat pendidikan percuma yang adil untuk semua.

Sebagai langkah permulaan GAMP telah mengadakan Bengkel “ Kempen Pendidikan Percuma” di antara kumpulan-kumpulan anak muda dan aktivis mahasiswa pada 1 Julai 2010 di Dewan komuniti Seksyen 7, Kota Damansara. Seramai lebih 30 orang anak muda yang terdiri daripada kumpulan Pemuda sosialis, KARISMA, GAMIS, KAMI dan LA SALLE IPOH telah menghadiri bengkel ini.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan antara kumpulan anak muda tentang kerelevanan ‘Kempen Pendidikan Percuma” di Malaysia dan membentuk Jawatankuasa Kempen. Sebulat suara anak muda yang hadir telah menyokong penuh kempen ini dan barisan jawatankuasa telah dibentuk dengan nama “Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)” pada akhir bengkel.

Antara topik yang diperbincangkan sepanjang bengkel ini adalah Konsep Kempen Pendidikan Percuma yang dibentangkan oleh Sdri Santhana dari Pemuda Sosialis. Beliau telah menerangkan tentang kenapa pendidikan perlu diberi percuma dan persoalan-persoalan yang wujud tentang kempen ini.

Beliau juga mempersoalkan yuran sekolah yang kian meningkat walaupun kerajaan mewar-warkan bahawa yuran sekolah di Malaysia sangat murah. Jika murah kenapa masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak mampu membayar yuran dan menghantar anak mereka ke sekolah?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home