Tuesday, October 12, 2010

Forum dan Jamuan Pada 17 Oktober Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-9 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM

Forum dan Jamuan pada 17hb Oktober Sempena
Sambutan Ulangtahun Ke-9
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM

Jawatankusa Kerja Sahabat Suaram (Friends of Suaram) Negeri Johor akan menganjurkan forum “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” serta jamuan ulangtahun ke-9 pada 17hb Oktober 2010, jam 2pm hingga 6.30pm, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai. Forum akan mula tepat jam 2pm hingga 5pm, manakala jamuan akan bermula pada 5pm dan tamat pada 6.30pm. (Terkini!)

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram telah menjemput 3 tokoh politik negara untuk menjadi panel dalam forum ini. Antara yang dijemput adalah Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home