Tuesday, October 12, 2010

Pendapatan Kami Terjejas : Orang Asal Teluk Jawa, Masai, Johor




Oleh : Syed Othman Abdullah

Pada sebelah pagi Semalam 6.07.2010 saya telah membuat satu sidang media berkenaan dengan masalah Pencemaran di Persisiran Pantai Teluk Jawa Masai Johor.Oleh pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan alam sekitar dan sumber pendapatan orang asli di Teluk Jawa.

Beberapa nelayan membuat bantahan berhubung penerokaan tanah tebing sungai Luchu yang dilakukan pihak Pemaju.

Beberapa penduduk yang bekerja sebagai nelayan Laut di Kampung Teluk Jawa Masai mendakwa, pendapatan harian mereka mulai terjejas sejak berlaku penerokaan di sepanjang tebing sungai terbabit habis hutan hutan kayu bakau di tebang

Nelayan Deli bin Tik, mendakwa, pendapatannya kini terjejas teruk kerana di sepanjang pantai Teluk Jawa di kambus pihak berkenaan untuk tujuan pembangunan.

Kami Asal memang orang kampung di sini dan memang kerja kami nelayan sungai sejak turun temurun," katanya.

Menurutnya, jika dulu boleh dapat ketam ,udang namun kini ia agak sukar.

Sehubungan itu, dia menggesa pihak berkaitan supaya memandang serius masalah dihadapi mereka dengan adil dan telus dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di Kawasan tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Walaupun projek tersebut dikatakan dirancang antara kerajaan dan pemaju (syarikat), tetapi mereka mengharapkan pihak berkaitan dapat memikirkan nasib kebanyakan nelayan yang meraih rezeki di kawasan tersebut.

dia mendakwa, kerja-kerja menebang pokok hutan bakau menutup lubuk tempat di mana dipenuhi udang dan ketam dan pelbagai spesies lain.

“Saya memang kesal dan tidak menyangka lubuk rezeki kami ditutup. Malah langsung tiada sebarang surat hitam putih mahupun maklumat berhubung penebangan ke atas pokok hutan bakau yang sememangnya lokasi utama tumpuan nelayan mencari sumber rezeki.

Seorang lagi nelayan, berkata, menyatakan kebimbangan tentang kemusnahan yang akan berlaku ke atas batu karang yang terdapat di kawasan yang terlibat dengan operasi mengorek tanah di kawasan tersebut.

"Kawasan tangkapan nelayan tercemar kerana air laut menjadi keruh dan demi mengatasi masalah itu, ada nelayan terpaksa pergi ke kawasan lain yang agak jauh untuk menangkap ikan. ''Ini telah memberi tekanan dan menambah kesusahan kepada nelayan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk bahan diesel dan petrol," katanya.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home