Monday, October 11, 2010

Jangan Sekadar Menerima Memo! Laksanakan Seruan Rakyat!



Jangan Sekadar Menerima Memo! Laksanakan Seruan Rakyat!
Friday, 02 July 2010

1 Julai 2010: Hari ini, Kementerian Sumber Manusia di Pusat Bandar Damansara dihadiri lebih 50 orang pekerja menuntut kerajaan menggubal akta gaji minima dengan segera. Para pekerja sudah muak dengan kajian bertahun- tahun kerajaan dalam isu penggubalan akta gaji minima ini dan menyeru kerajaan melaksanakan akta ini dengan segera jika prihatin terhadap kehidupan rakyat!

Seramai 30 orang delegasi telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam sebelum menyerahkan memorandum tuntuan pekerja. Alasan kerajaan bahawa hanya seramai 70 orang sahaja yang telah respon kepada maklumbalas kerajaan di blog tentang penggubalan akta gaji minima langsung tidak boleh dipakai! Apakah pekerja yang bekerja lebih 12 jam sehari ingin melawati laman blog kerajaan untuk menyatakan maklumbalas mereka? Ribuan ramai lagi yang langsung tidak mengetahui hal ini sedang dilakukan kerajaan!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home