Thursday, October 28, 2010

Dr. JEYAKUMAR MENYAMAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA GAGAL MEMBERIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT

SIDANG AKHBAR/ PRESS CONFERENCE

Dr. JEYAKUMAR MENYAMAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA GAGAL MEMBERIKAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT

DR. JEYAKUMAR TO SUE THE MALAYSIAN GOVERNMENT FOR DENYING ALLOCATION MEANT FOR PARLIAMENT SG. SIPUT

Buat kali pertama dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, Ahli Parlimen PSM, Dr Kumar akan menyaman Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana tidak memberi peruntukan pembangunan kawasan Parlimen sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet.

PSM MP Dr. Jeyakumar would perhaps be the first Opposition Parliament Member to sue the Malaysian Government for refusing to give any allocation to the Government for refusing to give any allocation to Opposition parliamentary members.

Tarikh : 29 / 10 / 2010 (Jumaat/Friday)
Tempat : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Masa : 10.30 am/pagi

Adalah diharapkan bahawa saman ini akan membongkarkan isu peruntukan ini kepada masyarakat umum dan untuk mengenalpasti ke manakah perginya peruntukan yang sebanyak itu yang sepatunya diberikan untuk pembangunan rakyat.

Kami berharap pihak media akan hadir dan memberi liputan luas kepada isu ini. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi 0192537791 @ 0165910564. Kerjasama pihak media amat dialukan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,



S. Arutchelvan

Labels:

Tuesday, October 26, 2010

Gambar Sekitar Film Festival 2010 @ Johor Bahru

Kredit Gambar Kepada : Jezz Anwar Mashhar





Labels:

Ulasan Freedom Film Festival 2010 @ Johor Bahru



Program di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Wakaupun ada acara di tempat lain, contohnya di Pasir Gudang, iaitu perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor FC dan Negeri Sembilan pada malam yang sama, namun kehadiran lebih 80 orang ke program pada hari tersebut adalah mengesankan.

Apa yang perlu dilakukan oleh KOMAS selain dari semata-mata tayangan filem ialah, penganjuran kursus-kursus pembikinan filem dan kelas-kelas hak asasi, terutamanya berkaitan dengan isu-isu dan peristiwa yang telah dan sedang berlaku di bandaraya Johor Bahru.

Terlalu banyak peristiwa dan tragedi yang menimpa masyarakat Johor Bahru. Ruang demokrasi perlu diperluaskan lagi. Pendokumentasian perlu dijalankan. Orang-orang kampung perlu dididik dengan pendidikan politik, agar tiada siapa yang boleh mengambil kesempatan ke atas mereka.

Namun sebenarnya yang lebih penting ialah, kemahuan penduduk tempatan itu sendiri yang berinisiatif dengan bergerak, berusaha dan cenderung untuk merubah masyarakat. Program ini didatangkan khas dari Kuala Lumpur, dan hanya sekali dalam setahun.

Justeru, anak-anak tempatan (Johor Bahru) itu sendiri yang perlu giat dan aktif menyedarkan masyarakat. Kepada anak-anak muda lain yang ignorance/tidak peduli dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kita ucapkan kepada mereka bak bidalan lama - "Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya"

Saya masih menunggu lagi filem hak asasi PERTAMA dari JOHOR BAHRU !!

Labels:

Tuesday, October 19, 2010

Freedom Film Fest 2010 @ JOHOR BAHRU!



Freedom Film Fest 2010 kembali untuk tahun yang ketujuh. Festival filem tahunan mengenai hak asasi manusia ini akan diadakan sepanjang bulan Oktober & November, di bandar utama di seluruh negara termasuk Petaling Jaya, Johor Bahru, Miri dan Georgetown!

Masa : Sabtu | 23 October | 8:00pm - 11:00pm
Tempat : Hotel Tropical Inn, Johor Bahru (Hujung Jalan Wong Ah Fook)

Tayangan Filem :

Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah : SHERIDAN MAHAVERA & SITI NURBAIYAH | 2010 | 30 MIN

Ini adalah kisah pemindahan sebuah kuil dan dua masyarakat setempat. Filem ini menyingkap dan melihat disebalik tabir laporan media yang telah disensasikan bagi memahami bagaimana konflik telah dicetuskan. Ia menunjukkan bagaimana sikap extremis boleh diapi-apikan apabila kita gagal mengambil iktibar dan menangani situasi ini secara bertanggungjawab.

Pilih : LOO QUE LIN | 2010 | 30 MIN

Adakah institusi-institusi pengajian tinggi tempatan memperkasakan generasi muda untuk melibatkan diri dalam masyarakat demokratik, atau hanya memupuk anak muda yang tidak mampu berfikir secara kritis? Filem ini yang dibawa dalam bentuk program wawancara mengkaji realiti pilihanraya kampus secara kreatif disamping memaparkan kepentingan terhadap pembangunan negara. Ia menunjukkan mengapa golongan belia mempunyai sikap tidak ambil tahu, dan bagaimana demokrasi berfungsi di Malaysia.

Hak Dinafikan : ABRI YUK CHOPIL & SHAFIE BIN DRIS | 2010 | 30 MIN

Pada 7 Mac 2010, lebih daripada 2,000 Orang Asli telah berhimpun sebagai tanda protes terhadap cadangan polisi tanah baru, yang dipercayai tidak membawa manfaat kepada mereka. Dokumentari ini yang dibuat oleh sekumpulan orang asli – menyuarakan pendapat mereka mengenai isu ini.

Labels:

Tuesday, October 12, 2010

Jangan Cabul Hak Pekerja! Kemenangan Rakyat Diraikan!



Tuesday, 12 October 2010

Piket serentak di 7 buat tempat di Malaysia sempena membantah pindaan 3 buat akta pekerjaan di Malaysia ditukar kepada Sidang akhbar apabila Timbalam Menteri Sumber Manusia hari ini mengumumkan bahawa Rang Undang-undang pinda Akta Kerja 1955 ditarik balik tanpa memberi sebarang alasan di sesi Parlimen yang sedang berlangsung kini.

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) telah menganjurkan bantahan dan sidang akhbar dihadapan Warta di Bandar Baru Bangi. Seramai 20 orang iaitu wakil pekerja, Aktivis JERIT dan DEMA telah menyertai dalam sidang akhbar dan bantahan tersebut.

Banner ”Hentikan Pindaan Akta Pekerja" dan slogan-slogan seperti ”Hidup Rakyat Hidup Pekerja”, ”Jangan Cabul Hak Pekerja”, ”Kerajaan Hentikan Terus Pindaan” turut sama dilaungkan dalam himpunan yang dimulakan pada pukul 5.30 petang hingga 6.00 petang.

Labels:

Protes Bantah Pindaan Akta Pekerja! Hentikan Sebelum Diluluskan di Parlimen! Monday, 11 October 2010



Tempat Piket -

Di Hadapan Petronas, Semenyih , Selangor
Di Hadapan Pasaraya Warta, Bangi, Selangor
Bas Stop Simpang Balak, Balakong, Selangor
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Di Hadapan Kilang Belton, Sungai Siput, Perak
Station Bas, Jalan Utama, Tasek, Ipoh, Perak
Bayan Lepas FTZ, di jalan seberang Kilang Robert Bosch

Turun berikan sokongan solidariti anda! Jangan biarkan kerajaan gadaikan hak kita sebagai pekerja kepada majikan demi mengaut keuntungan!

Labels:

Activists Decry Changes To Employment Act

Friday, 08 October 2010
Source: FreeMalaysiaToday

By Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Draconian, oppressive, inhuman, a suck-up to the rich and a betrayal of the working man—these are some of the epithets civic groups are using to describe proposed amendments to the Employment Act that the Human Resources Ministry will soon table in Parliament.

R Ravindrakumar, a member of the Malaysian Bar’s Industrial Law Committee, said the amendments would put a halt to workers’ industrial freedom.

Speaking at a press conference in the presence of other labour activists, he said some of the proposals would have the effect of restricting workers’ access to justice when their employers unlawfully dismiss them.

Under the current law, he explained, “when an employee’s termination is unlawful, the chairman of the industrial court will determine whether the employee’s termination was done with just cause.”

The proposed amendments, however, identify several groups of employees that will not have the benefit of seeking redress through the industrial court.

These groups would include those who earn RM10,000 and above a month, those who have accepted retrenchment benefits, and those on fixed-term contracts, such as probationers. This would go against the Federal Constitution, which provides for equality before the law, according to Ravindrakumar.

He said: “If the constitution says that everyone is equal, why exclude certain people? When you exclude them, what remedy to they have?

“At best, they could go to civil court, which has no power to reinstate an employee back to his job.” The amendments will go through their second reading in Parliament this month. There are also plans to amend the Industrial Relations Act and the Trade Union Act.

Draconian

S Parameswari, a representative of Gabungan Membantah Akta Pekerjaan, said the amendments would be detrimental to local workers employed in factories because they will have to go through sub-contractors instead of dealing directly with their employers.

“The ultimate implication is that the direct relationship between the workers and the employees will be lost,” she said. She also pointed out that under the amendments, employers would get an extension of 30 days to remit overtime payment to their workers, compared to seven days under the current law.

Furthermore, employers will get more freedom in setting working hours. “If they call you up at 3am, then you have to work at that hour,” Parameswari said. Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general S Arutchelvan said the proposed amendments were the most draconian in 40 years of Malaysian industrial history.

“For more than 10 years, civil society has been asking for other policies, such as minimum wage, funds to be given to those who have been retrenched and automatic registration to trade unions, but the government has not passed any of these laws,” he said.

“What they are doing now is making the laws favourable to big corporations.”
He added that workers were beginning to lose faith in the government’s promise to institute a minimum wage regulation.

“We feel that it is not going to happen because minimum wage is opposed by the employers’ federation. They have delayed this for many years and all they do is please the foreign investors.” Arutchelvan also accused the Najib administration of insensitivity to the rights and needs of the poor in removing subsidies for essential items and proposing the Goods and Services Tax.

“But the government does not touch subsidies to the big corporations,” he said.
Other groups represented at the press conference were Suaram, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Joint Action for Gender Equality (JAG), Parti Rakyat Malaysia (PRM) and Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP).

Labels: