Tuesday, October 26, 2010

Ulasan Freedom Film Festival 2010 @ Johor Bahru



Program di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Wakaupun ada acara di tempat lain, contohnya di Pasir Gudang, iaitu perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor FC dan Negeri Sembilan pada malam yang sama, namun kehadiran lebih 80 orang ke program pada hari tersebut adalah mengesankan.

Apa yang perlu dilakukan oleh KOMAS selain dari semata-mata tayangan filem ialah, penganjuran kursus-kursus pembikinan filem dan kelas-kelas hak asasi, terutamanya berkaitan dengan isu-isu dan peristiwa yang telah dan sedang berlaku di bandaraya Johor Bahru.

Terlalu banyak peristiwa dan tragedi yang menimpa masyarakat Johor Bahru. Ruang demokrasi perlu diperluaskan lagi. Pendokumentasian perlu dijalankan. Orang-orang kampung perlu dididik dengan pendidikan politik, agar tiada siapa yang boleh mengambil kesempatan ke atas mereka.

Namun sebenarnya yang lebih penting ialah, kemahuan penduduk tempatan itu sendiri yang berinisiatif dengan bergerak, berusaha dan cenderung untuk merubah masyarakat. Program ini didatangkan khas dari Kuala Lumpur, dan hanya sekali dalam setahun.

Justeru, anak-anak tempatan (Johor Bahru) itu sendiri yang perlu giat dan aktif menyedarkan masyarakat. Kepada anak-anak muda lain yang ignorance/tidak peduli dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Kita ucapkan kepada mereka bak bidalan lama - "Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya"

Saya masih menunggu lagi filem hak asasi PERTAMA dari JOHOR BAHRU !!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home