Tuesday, October 12, 2010

Forum Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Jawatankuasa Kerja FOS Johor



Nik Abdul Aziz,Arutchelvan Dan Liew Chin Tong Berceramah Dalam Forum Sambutan Ulang Tahun Ke-9 JK Kerja FOS Johor

Forum bertajuk “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” dan Majlis makan sempena sambutan ulang tahun ke-9 Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor sudah pasti akan berlangsung pada 17 hb Oktober (Ahad) di Taman Universiti Sport Club, Skudai di Johor.

Pada 2 hb dan 8 hb September, Encik Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Mat selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia telahpun menerima jemputan untuk menghadirkan diri sebagai ahli panel forum tersebut masing-masing.

Pada masa yang sama, mereka turut bersetuju untuk membentangkan kertas perbincangan mereka.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home