Monday, October 11, 2010

Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010 “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”



Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010 “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”

Forum Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia ditetapkan pada 15hb Mei di Johor Bahru

Datuk Seri Nizar, Dato Zaid Ibrahim, Yeo Yang Poh Berkongsi Pengalaman Diri

(Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010)

Forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia” anjuran bersama dua badan NGO, iaitu Persahabatan Semparuthi dan Friends of Suaram (FOS) Negeri Johor ditetapkan pada 15hb Mei 2010 (Sabtu). Forum akan bermula pada 8:30pm dan berakhir sebelum 11:30pm. Forum ini akan diadakan di Aras 4 Tropikal Inn (Alamat: 15, Jalan Gereja, 80100 JB), Johor Bahru. Forum ini terbuka kepada semua rakyat yang ambil berat tentang keadaan politik Negara kita. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Panel jemputan Forum termasuk bekas Menteri Besar negeri Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dato’ Zaid Ibrahim dan bekas pengerusi Majlis Peguam Negara Encik Yeo Yang Poh. Panel-panel akan membentang dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (mengikut keperluan semasa dan ditentukan oleh Panelist) dan mengemukakan kertas perbincangan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home