Tuesday, October 12, 2010

Rakyat Ditipu ! Kroni Didahulukan !



Kenaikkan harga minyak, gula dan Gas : Rakyat Ditipu! Kroni di dahulukan!

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengecam tindakan Kerajaan Malaysia meningkatkan harga minyak petrol diesel, petroleum gas cair dan gula yang berkuatkuasa mulai hari ini. Sudahlah harga makanan sedang melambung tinggi, sekarang harga petrol dan yang lain pula dinaikkan. Bukankah ini akan menyebabkan harga makanan naik lagi dan kos hidup rakyat meningkat? Tindakan PM Dato Seri Najib yang tidak bertanggungjawab ini memang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang PM yang gagal untuk melindungi kebajikan rakyat.

Rakyat dibodohkan! Kroni Didahulukan!

Alasan kerajaan adalah, ini langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut PM penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara. kerajaan tidak mampu membayar subsidi dan sebaliknya duit subsidi akan digunakan untuk pembangunan. Inilah yang dikatakan setiap kali harga petrol dinaikkan.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan rakyat yang lebih memerlukannya. Sehingga kini, rakyat tidak pernah menikmati apa yang kerajaan janjikan.Manakala, setiap kali kerajaan hanya umumkan kenaikan harga barang. Persoalannya penyelarasan subsidi ini untuk siapa? Rakyat ke atau Kroni BN?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home