Tuesday, October 19, 2010

Freedom Film Fest 2010 @ JOHOR BAHRU!



Freedom Film Fest 2010 kembali untuk tahun yang ketujuh. Festival filem tahunan mengenai hak asasi manusia ini akan diadakan sepanjang bulan Oktober & November, di bandar utama di seluruh negara termasuk Petaling Jaya, Johor Bahru, Miri dan Georgetown!

Masa : Sabtu | 23 October | 8:00pm - 11:00pm
Tempat : Hotel Tropical Inn, Johor Bahru (Hujung Jalan Wong Ah Fook)

Tayangan Filem :

Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah : SHERIDAN MAHAVERA & SITI NURBAIYAH | 2010 | 30 MIN

Ini adalah kisah pemindahan sebuah kuil dan dua masyarakat setempat. Filem ini menyingkap dan melihat disebalik tabir laporan media yang telah disensasikan bagi memahami bagaimana konflik telah dicetuskan. Ia menunjukkan bagaimana sikap extremis boleh diapi-apikan apabila kita gagal mengambil iktibar dan menangani situasi ini secara bertanggungjawab.

Pilih : LOO QUE LIN | 2010 | 30 MIN

Adakah institusi-institusi pengajian tinggi tempatan memperkasakan generasi muda untuk melibatkan diri dalam masyarakat demokratik, atau hanya memupuk anak muda yang tidak mampu berfikir secara kritis? Filem ini yang dibawa dalam bentuk program wawancara mengkaji realiti pilihanraya kampus secara kreatif disamping memaparkan kepentingan terhadap pembangunan negara. Ia menunjukkan mengapa golongan belia mempunyai sikap tidak ambil tahu, dan bagaimana demokrasi berfungsi di Malaysia.

Hak Dinafikan : ABRI YUK CHOPIL & SHAFIE BIN DRIS | 2010 | 30 MIN

Pada 7 Mac 2010, lebih daripada 2,000 Orang Asli telah berhimpun sebagai tanda protes terhadap cadangan polisi tanah baru, yang dipercayai tidak membawa manfaat kepada mereka. Dokumentari ini yang dibuat oleh sekumpulan orang asli – menyuarakan pendapat mereka mengenai isu ini.

Labels:

1 Comments:

At October 11, 2011 at 3:20 AM , Blogger ChongLee said...

Thanks for the promo!
Ya, will it be possible for Jerit Johor to help us to promote FFF2011 JB as well as mobilise people to attend the screening on 22 Oct, Saturday (7.30pm) in Tropical Inn Hotel?

Hope to hear from you soon.

Sincerely,
ChongLee
Assistant Coordinator, FFF, Pusat KOMAS
yowchonglee@komas.org

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home