Tuesday, October 12, 2010

Kerajaan Anti-Pekerja : Hentikan Pindaan Dalam Undang-Undang Pekerjaan !!!

Monday, 04 October 2010

01 Oktober 2010, Bar Council – Satu sidang akhbar diadakan oleh Gabungan Membantah Pindaan Akta Pekerjaan untuk menyatakan pendirian tentang cadangan pindaan oleh Kementerian Sumber Manusia(KSM) dalam 3 undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Moon Hui dari Suaram mempengerusikan sidang akhbar ini; Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia, Maria Chin wakil kumpulan wanita, Sunthar wakil pekerja dari JERIT, dan Swee Nee wakil pelajar dari DEMA telah menyertai sidang akhbar ini.
Sidang akhbar dimulakan dengan penjelasan ringkas mengenai cadangan pindaan akta dan implikasinya kepada pekerja Saudari Paremeswari (penyelaras Gabungan).

Salah satu pindaannya adalah menggalakkan kontraktor secara meluas dalam menawarkan tenaga kerja dan mengalihkankan tanggungjawab majikan kepada kontraktor. Jika pindaan ini diluluskan, maka pekerja tidak akan ada hubungan terus dengan majikan dan majikan tidak akan bertanggungjawab segala penganiyaan yang berlaku kepada pekerja. Ini adlah satu pindan yang amat serius dan sudahpun dibentang untuk bacaan pertama dalam sesi Parliman Mac 2010.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home