Monday, October 11, 2010

Petisyen Desak UKM Gugur Tuduhan

Petisyen di internet desak UKM gugur tuduhan
Monday, 24 May 2010

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melancarkan kempen petisyen online untuk mendesak Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggugurkan tuduhun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Auku) terhadap mahasiswanya kerana didakwa berkempen di Hulu Selangor.

Presiden Gamis, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata petisyen tersebut bermatlamat untuk mengutip 10,000 tandatangan sebagai referendum mendesak UKM menggugurkan segera terhadap terhadap pelajar terbabit.

Empat pelajar terbabit ialah Muhammad Hilman Idham, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, dan Woon King Chai.

Petisyen online tersebut boleh dilayari melalui link tersebut: http://www.petisyen.com/petitions/view/40/referendum_bantahan_4_mahasiswa_ukm_dikenakan_auku.html

"Petisyen dan kutipan tandatangan ini seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) serta pihak pentadbiran UKM.

"Referendum ini ditujukan kepada pentadbiran UKM dan KPT bagi membuktikan suara bantahan mahasiswa seluruh kampus yang bencikan tindakan zalim menggunakan AUKU terhadap mahasiswa," kata Mohd Idris dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Gamis berharap ia merupakan kes yang terakhir di Malaysia dan meminta segera dimansuhkan Auku yang menyekat dan menindas kebebasan mahasiswa.

'Akta ini tidak lagi relevan kepada mahasiswa dan mencemarkan universiti sebagai pusat kebebasan aktiviti dan akademik serta sebagai sebuah gedung ilmu," katanya.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home