Thursday, October 7, 2010

Membuat Aduan Polis Bukan Satu Kes Jenayah, Pihak Berkuasa Harus Mengugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee!

Kenyataan Friends Of Suaram Committee Negeri Johor (FOS Johor) pada 19hb Januari 2010 adalah seperti di bawah:

Kes Ahli Secretariat Suaram JB, Cheng Lee Whee yang didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 akibat tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT), telah ditangguhkan ke 25hb Januari tahun ini (Isnin) sementara Peguam Negara mempertimbangkan tuntutan untuk mengugurkan dakwaan ke atas Cheng Lee Whee.

Penangguhan tersebut adalah hasil tindakan penghantaran petisyen oleh 35 pertubuhan dan parti kepada Peguam Negara di Putrajaya pada 24hb November 2009 (Selasa) untuk menuntut supaya pendakwaan terhadap Cheng digugurkan. Sebanyak 35 pertubuhan dan lebih kurang 500 individu telah mengabsah (endorse) petisyen tersebut.

Selain itu, Pemimpin Pakatan Rakyat, YB Lim Kit Siang telah mengadakan satu sidang akhbar di parlimen pada 10hb Disember 2009. Beliau turut mengutuk tindakan Pendakwa Raya yang mendakwa Cheng tersebut. Ahli Parlimen Kawasan Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj juga telah membangkitkan isu ini dalam parlimen pada 14hb Disember 2009.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Mohamad Hanafiah Zakaria (b/p Penguam Negara Malaysia) dalam surat kepada Suaram KL yang bertarikh 11hb Januari 2010 menyatakan bahawa Penguam Negara setuju untuk mengugurkan dakwaan terhadap Cheng Lee Whee. Namun demikian, Cheng dan penguam beliau Encik Hassan Karim masih belum menerima surat rasmi daripada pihak mahkamah yang mengesahkan pengguguran dakwaan ke atas Cheng Lee Whee.

Mengikut Encik Hassan Karim, Cheng Lee Whee tetap perlu hadir ke mahkamah pada 25hb bulan ini untuk menghadapi dakwaan, kecuali beliau sendiri atau Orang kena tuduh iaitu Cheng telah menerima surat rasmi yang mengesahkan pengguguran dakwaan tersebut. Dengan itu, FOS Johor menegaskan pendirian 35 pertubuhan dan parti Johor selama ini di sini iaitu “Pihak Berkuasa harus mengugurkan pendakwaan terhadap Cheng Lee Whee.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home