Monday, December 28, 2009

Program Roadshow Tayangan Filem “KAYUH”


Kenyataan Media
Sabtu 5 Disember 2009
Program Roadshow Tayangan Filem “KAYUH”

Kepada Tuan Editor.

“Kayuh” merupakan sebuah filem dokumentari berkenaan Kempen Berbasikal JERIT: “Rakyat Pengayuh Perubahan” yang diadakan pada tahun 2008. Filem ini telah memenangi Anugerah Video Hak Asasi Terbaik 2009 dalam Freedom Film Festival 2009 yang dianjurkan oleh KOMAS.

Tuntutan yang dikemukakan oleh JERIT di dalam kempen berbasikal ini adalah;

1. Gubal Akta Gaji Minima
2. Mansuhkan Akta Zalim seperti ISA, Akta Darurat, AUKU dan lain-lain
3. Perumahan Selesa untuk Rakyat
4. Harga barangan harus dikawal
5. Pulihkan Pilihanraya Majlis Tempatan
6. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air, hospital dan pendidikan.
Program Roadshow Tayangan Filem “KAYUH”

Program ini merupakan susulan daripada Kempen Berbasikal Nasional – “Rakyat Pengayuh Perubahan” yang dianjurkan oleh JERIT pada tahun 2008. Kali ini JERIT akan mengadakan tayangan filem “KAYUH”, iaitu hasil karya Saudari Soh Sook Hwa, penyelaras JERIT Pulau Pinang. Filem ini memaparkan kronologi perjalanan pengayuh dari Alor Setar di utara, dan Skudai di selatan menuju ke Parlimen Malaysia untuk menyerahkan memorandum tuntutan rakyat.

Tayangan filem ini akan dijalankan di tempat-tempat laluan perjalanan para pengayuh. Antaranya adalah seperti berikut;

1) Pejabat SUARAM, Johor Bahru,
2) Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Kempas,
3) Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Simpang Renggam, dan
4) Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Kluang

JERIT akan memaklumkan kepada peserta program mengenai perkembangan 6 tuntutan tersebut. Selain itu, sesi dialog bersama masyarakat tempatan akan dilakukan bagi mendapatkan respon dan maklum balas mengenai permasalahan semasa rakyat Segala input akan membantu gerak kerja JERIT bagi merangka program pada tahun 2010. Kami mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada warga Johor yang berminat untuk turut serta didalam program ini agar hadir ke tempat-tempat berlangsungnya tayangan video seperti yang tertera di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Sidiqin Omar
No H/p: 013-7056243
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
jeritjohor@yahoo.com
http://jeritjohor.blogspot.com/

Labels:

Jemputan Media Tayangan Filem "KAYUH"

Kepada semua Editor Akhbar:

Tuan/Puan:

JEMPUTAN MENGHADIRI SIDANG AKHBAR : 3 DISEMBER 2009

Kami dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan mengadakan sidang akhbar pada hari Sabtu, 5 Disember 2009, jam 2 petang di Pusat Aduan Rakyat, Zon Kempas.

Tujuan sidang akhbar yang akan diadakan oleh kami ialah:-

1) Memperkenalkan JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas)
2) Melancarkan Program Roadshow Tayangan Filem ”KAYUH”
3) Mengumumkan perkembangan 6 Tuntutan JERIT.

Kami berharap semua media akan hadir ke sidang akhbar kali ini. Di bawah merupakan masa dan tempat sidang akhbar diadakan: -

Tarikh : Sabtu, 05 Disember 2009
Masa : 2:00 pm
Tempat : Pusat Aduan Rakyat, Zon Kempas
No. 39 Jalan Dahlia 9,
Taman Dahlia,
81200 Johor Bahru, Johor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudara Sidiqin Omar (013-7056243)

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(Sidiqin Omar)

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
jeritjohor@yahoo.com
http://jeritjohor.blogspot.com/

Labels:

Penundaan Kes Cheng Lee Whee

Kenyataan Akhbar ( ii ) (diumumkan pada 3.00 petang 16 Disember 2009)

Penundaan Kes Cheng Lee Whee Merupakan Kemenangan Kecil Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee

Kenyataan Akhbar Bertarikh 16 Disember 2009

Kira-kira 40 orang wakil dari 35 badan bukan kerajaan dan parti politik telah mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 9:30 pagi di Depan Jotic untuk memberi sokongan kepada saudari Cheng Lee Whee yang menghadapi perbicaraan di mahkamah majistret hari ini. Mereka menuntut bahawa dakwaan terhadap saudari Cheng digugurkan. Antara kumpulan yang menghantar wakil yang hadir pada hari ini ialah

1. DAP cawangan Taman Ungku Tun Aminah,
2. DAPSY Bahagian Johor,
3. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor,
4. Friend of Suaram Johor,
5. Kelab Penyokong PAS Johor,
6. Parti Rakyat Malaysia Johor,
7. PAS Kawasan Tebrau,
8. Persatuan Dravidar Malaysia (Johor),
9. Persatuan Semparuthi JB,
10. Persatuan Tamil Neri Malaysia,
11. Persatuan Tamilar Negeri Johor,
12. PKR Johor,
13. PKR Kawasan Kulai,
14. PKR Kawasan Pulai,
15. PSM Cawangan Nusa Jaya,
16. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
17. Yayasan Pelajaran, Kebajikan & Penyelidikan Malaysia (EWRF),
18. PAS Kawasan Pasir Gudang,
19. Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah,
20. Angkatan Muda Keadilan Johor

Selain daripada peguam bela Cheng Lee Whee, En. Hassan Karim, pembicaraan ini turut disertai oleh En. Yeo Yang Poh yang dihantar oleh Bar Council sebagai Watching Brief dan Cik Navamani peguam dari Johor Bar Committee sebagai peguam bantuan dalam kes Cheng Lee Whee.

Kes ini telah ditangguhkan ke 25hb Januari 2010. Menurut peguam bela kes ini, En. Hassan Karim, kes ini ditangguhkan kerana Pendakwa Raya sedang mengkaji petisyen yang dihantar oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee kepada Peguam Negara pada 24hb November 2009. Maka dengan itu, kedua-dua pihak iaitu Timbalan Pendakwa Raya Encik Umar Shariffudin Bin Jaafar dan Encik Hassan Karim bersetuju untuk menundakan kes ini sementara menunggu keputusan daripda Pendakwa Raya dan disahkan oleh Majistret Encik Mohamad Fuad Bin Abdul Ghani.

Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee menganggapkan bahawa penangguhan kes ini merupakan kemenangan yang kecil di mana kami berjaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes ini. Walau bagaimanapun, kami tetap akan teruskan perjuangan kami iaitu gugurkan dakwaan terhadap Cheng Lee Whee.

Yang Bertugas,

Fang Pei Fen

Penyelaras Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee

Ko-ordinator cawangan Johor
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

8A Jalan Ronggeng 11,
Taman Skudai Baru,
81300, Skudai,
Johor, Malaysia

Tel / Fax: +607-5581098
HP: 016-7782707
http://suaramjb1.blogspot.com/

Kampung Baru Plentong Tengah : Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee

Kepada Ketua Editor,

Kenyataan Akhbar ( i ) (diumumkan pada 9.30 pagi 16 Disember 2009)

35 Pertubuhan dan Parti Johor Menuntut : Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee

Kenyataan Akhbar Bertarikh 16hb Disember 2009

Kami, daripada 35 buah badan bukan kerajaan dan parti politik negeri Johor, berkumpul di sini untuk memberi sokongan kepada saudari Cheng Lee Whee yang akan menghadapi perbicaraan di mahkamah majistret pada hari ini. Tuntutan kami adalah menuntut dakwaan terhadap saudari Cheng digugurkan. Saudari Cheng telah didakwa oleh pendakwa raya dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 (no kes rujukan: 83-4411-09(1)) pada 14hb Oktober 2009. Dakwaan terhadap Saudari Cheng adalah berkaitan dengan tindakan beliau membuat laporan polis yang dikatakan laporan palsu di Balai Polis Permas Jaya berkenaan dengan insiden pengusiran paksa yang berlaku di Kampung Baru Plentong Tengah pada 16hb Oct 2008.

Pada 24hb November 2009, kami telah berjaya menghantar petisyen kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk menuntut Peguam Negara mengugurkan pendakwaan ke atas saudari Cheng. Petisyen itu diendorse oleh 35 pertubuhan and lebih kurang 500 orang individu.

Selain itu, pada 10hb Disember 2009, satu sidang akhbar telah diadakan di parlimen Malaysia oleh YB Lim Kit Siang dan beliau menyokong petisyen tersebut untuk menggugurkan dakwaan terhadap saudari Cheng. Ahli Parlimen Kawasan Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj turut membentangkan isu ini dalam parlimen pada 14hb Disember 2009.

Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara ke atas saudari Cheng merupakan satu penindasan berlanjutan ke atas seorang pejuang hak asasi manusia. Pendakwaan ke atas Cheng juga merupakan penindasan terhadap SUARAM, Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penindasan keatas mana-mana persatuan dan parti yang mempertahankan kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke atas Cheng merupakan satu titik hitam ke atas usaha negara kita untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.

Kami berpendapat bahawa Saudari Cheng membuat aduan di Balai Polis merupakan satu tindakan yang menjalankan hak demokrasi serta menjalankan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia. Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan kemudaratan mana-mana pihak.

Dengan itu, sekali lagi kami menyeru pihak berkuasa supaya mengugurkan sebarang pendakwaan ke atas saudari Cheng.

Yang Benar,

Fang Pei Fen

Penyelaras Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee

Labels:

Kes Goh Yam Peaw - Kematian Dalam Tahanan

Kes Goh Yam Peaw Dibicarakan Semula Selepas Enam Kali Penangguhan.

Doktor Forensik Dipanggil Sebagai Saksi dalam Perbicaraan Terbuka Kali Kedua Pada 17 Oktober 2009.

Setelah 6 kali penangguhan sejak 8hb Julai 2008, kes Goh Yam Peaw yang didapati mati di lokap semasa dalam tahanan polis telah dibicarakan semula pada 27hb Oktober 2009.

Saksi yang menghadiri perbicaraan kali yang kedua tersebut merupakan Doktor Forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati, Goh Yan Peaw. Mengikut keterangan beliau, punca kematian Goh Yan Peaw adalah peritonitis, dan terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan peritonitis, yang paling kerap adalah penyakit ulser atau kanser di bahagian tersebut.

Peguambela bagi keluarga Goh Yam Peaw, Encik Firdaus Bin Masod mengemukakan persoalan bahawa punca kematian peritonitis si mati adalah akibat pendarahan organ-organ dalam badan, dan mengikut pandangan doktor yang lain, pendarahan organ adalah disebabkan berlakunya hentakan daripada luar ke atas tubuh si mati. Dr Azaini telah menyanggah dengan hujah bahawa terdapat kemungkinan berlaku tumbukan atau hentakan ke atas si mati yang menyebabkan kematiannya. Dr Azaini juga berpendapat bahawa luka dan kesan melecet yang berada pada bahagian-bahagian badan si mati lebih kepada akibat terjatuh atau tergesel pada mana-mana permukaan.

Pembicaraan kes kematian Goh Yan Peaw bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada jam 2 petang. Majistret menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 24-25hb November. 15 orang saksi termasuk keluarga Goh Yam Peaw dan anggota polis akan menberi keterangan dalam inkues yang seterusnya. Encik Firdaus berpendapat bahawa keterangan Dr Azaini lebih berpihak kepada polis. Maka, beliau mencadangkan kepada ahli keluarga Goh supaya meminta pandangan (second opinions) daripada pakar forensik yang lain.

Adik Si mati iaitu Goh Yan Guan, berpendapat bahawa abangnya telah melakukan pemeriksaan badan (No. Laporan Pemeriksaan MBT10543) dan tiada apa-apa penyakit atau masalah kesihatan sebelum ditahan oleh polis, maka dia tidak percaya abangnya boleh mati dengan sebab “terjatuh semasa menggunakan tandas” seperti yang diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Segamat, Abdul Majid. Di samping itu, ahli keluarga mendapati terdapat banyak luka parah di bahagian muka, tangan, dan lebam di diseluruh badan si-mati semasa mereka mengecam mayat si mati di hospital. Ini menyebabkan mereka mempercayai bahawa kemungkinan besar punca kematian Goh Yan Peaw adalah akibat daripada keganasan dan kecuaian daripada pihak polis.

Suaram JB berpendapat bahawa punca utama kes-kes kematian yang kerap berlaku semasa dalam tahanan polis adalah kerana hak-hak asasi manusia rakyat jelata tidak dihormati. Pihak polis tidak menghargai nyawa rakyat, dan menjalankan soal-siasat dengan cara yang tidak berperikemanusiaan dan semata-mata mahu mencapai matlamat mereka sahaja.

Kami juga berpendapat bahawa Inkues mempunyai banyak kelemahan, di mana ianya kerapkali ditangguhkan dengan pelbagai alasan , dan doktor forensik yang menjalankan bedah siasat juga ditentukan oleh pihak polis atau kerajaan. Oleh yang demikian, kredibiliti dan kesahihan laporan-laporan forensik sangat dicurigai.
Kami juga berpendapat bahawa Inkues mempunyai banyak kelemahan, di mana perbicaraan kerap ditangguhkan dengan pelbagai alasan, dan Majistret hanya dapat membuat keputusan dengan merujuk kepada bukti-bukti pihak polis sahaja. Selain itu, Majistret hanya boleh memberi keputusan seperti : si mati bunuh diri, dibunuh, dibunuh oleh orang yang tidak diketahui ataupun punca kematian tidak ketahui sahaja. Yang lebih mendukacitakan adalah, Timbalan Pendakwaraya seolah-olah merupakan pihak yang lebih tinggi daripada Majistret! Persoalannya, dalam keadaan ini, adakah Majistret dapat menbuat keputusan perbicaraan dengan adil dan telus? Doktor forensik yang menjalankan bedah siasat si mati juga ditentukan oleh pihak polis atau kerajaan, sehinggakan kredibiliti dan kesahihan laporan forensik sangat diragui.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia perlu menjalankan reformasi keatas pentadbiran dan pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan juga pihak Perundangan dan Kehakiman bagi mencegah, atau menangani kes seperti ini dengan telus, bebas dan adil. Selain itu, kami juga menyeru Kerajaan Malaysia agar mempercepatkan Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagai usaha mencegah kes-kes seperti ini daripada berlaku lagi dan menubuhkan Suruhanyaja Diraja yang lebih bebas, berwibawa dan berkuasa dalam menyiasat sebab-sebab dan individu-individu yang menyebabkan kematian tersebut.

Fang Pei Fen
Ko-ordinator cawangan Johor
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)


8A Jalan Ronggeng 11,
Taman Skudai Baru,
81300, Skudai,
Johor, Malaysia

Tel / Fax: +607-5581098
HP: 016-7782707
http://suaramjb1.blogspot.com/

Labels:

Hari Habitat 2009


DEKLARASI HARI HABITAT- PERUMAHAN UNTUK SEMUA

Hari Habitat Sedunia adalah Hari untuk mengingatkan kerajaan mengenai isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tahun ini Hari Habitat Se
dunia disambut pada 5 Oktober 2009. Sejak 2002, Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP) di bawah naungan Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) menyambut Hari Habitat untuk mengenengahkan isu perumahan rakyat tertindas dan miskin.

Pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, pekerja sektor perkhidmatan, orang asal dan setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk perumahan yang sempurna dan selesa.

Pembangunan negara yang pesat tidak menjamin keperluan asas rakyat. Isu perumahan adalah isu yang masih tidak dapat diselesaikan kerajaan, walaupun s
udah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan. Maka kami wakil masyarakat tertindas menuntut kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk :

1. Menggubal satu polisi perumahan negara yang memastikan perumahan yang sesuai dan di konsultasikan untuk semua lapisan masyarakat.

2. Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak untuk pek
erja Ladang harus digubal sebagai undang-undang.

3. Kerajaan tidak harus meluluskan pembangunan tanah oleh pemaju sehingga isu perumahan peneroka bandar kawasan terlibat tidak diselesaikan.

4. Setiap projek pembangunan setempat, mesti mempunyai peruntukan untuk perumahan kos rendah dan gantirugi untuk peneroka asal tanah yang dicadangkan untuk pembangunan

5. Ordinan Darurat (Pembersihan Setinggan) tidak harus digunakan untuk pengusiran paksa peneroka bandar dari tanah mereka dan semua notis yang dikeluarkan dibatalkan dengan serta–merta,

6. Perumahan untuk golongan miskin mestilah mempunyai jaminan pinjaman bank oleh pihak berkuasa supaya peneroka asal mampu membeli rumah kos rendah yang ditawarkan kepada mereka.


7. Undang-undang harus digubal untuk memastikan penyelenggaraan semua Flat Kos Rendah Swasta dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


HAK PERUMAHAN, HAK ASASI SETIAP RAKYAT ! PASTIKAN HAK PERUMAHAN UNTUK SEMUA !

Disokong oleh :

1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) caw. Johor Bahru
3. Parti Sosialis Malaysia (PSM) caw. Nusajaya
4. Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
5. Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka
6. Persahabatan Semparuthi
7. Persatuan Tamil Neri Johor
8. Angkatan Muda Keadilan Johor
9. PAS Kawasan Pulai
10. Parti Keadilan Rakyat cabang Kluang
11. Free Public Forum
12. Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK)

Labels:

Mansuhkan PPSMI


SUARA RAKYAT MALAYSIA (cawangan JOHOR BAHRU)

8A, JALAN RONGGENG 11,
TAMAN SKUDAI BARU,
81300 SKUDAI, JOHOR

Telefon: (607)5581098 Fax: (607)5581098
HP: 016-7782707


suaramjb1@gmail.com
www.suaramjb1.blogspot.com


Kembalinya bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik merupakan satu kemenangan kecil keatas perjuangan pelbagai kaum dalam membantah PPSMI.

[kenyataan akhbar Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor]

Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor berpendapat bahawa pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2012 secara berperingkat telah membuktikan bahawa pelaksanaan tegar pihak kerajaan keatas PPSMI selama 6 tahun adalah suatu kesilapan. Justeru itu, pendirian membantah PPSMI untuk melindungi bahasa ibunda dari pihak kami, parti-parti, persatuan-persatuan mahupun individu yang selama ini menegaskan untuk menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik adalah betul. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pihak kerajaan mengumumkan untuk memgembalikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik telah menunjukkan bahawa pelaksanaan tegar keatas PPSMI telah gagal, dan boleh dikatakan bahawa ia hanya satu kemenangan kecil pelbagai kaum yang kian lama telah berjuang untuk membantah PPSMI ini. Namun demikian, perjuangan hak asasi bahasa ibunda pelbagai kaum dan perjuangan hak samarata pelbagai kaum dalam memperolehi institusi-institusi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda kaum masing-masing masih tidak mendapat sambutan dari pihak kerajaan.

Selama 6 tahun PPSMI dilaksanakan, pelajar-pelajar pelbagai aliran sekolah telah menghadapi pelbagai masalah dan rintangan dalam tempoh pembelajaran. Sejak perlaksanaan PPSMI, pihak kerajaan telah menghadapi pelbagai bantahan dari pelbagai pihak sehingga pertubuhan sasterawan bahasa Melayu telah mengadakan himpunan untuk memansuhkan PPSMI pada bulan Mac yang lalu. Kini, kerajaan telah memansuhkan polisi ini dengan pelbagai alasan yang sukar diterima, atau masalah teknikal seperti kekurangan guru yang mengajar bahasa Inggeris dan hasil yang tidak munasabah. Ini menunjukan kerajaan bukan sahaja tidak setuju dengan keperluan dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa ibunda malah telah menafikan kepentingan pendidikan dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai asas pendidikan.

Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan pendidikan dan pembelajaran kepada semua rakyat, menggunakan dan membangunkan bahasa ibunda kaum masing-masing. Akan tetapi sistem pendidikan di Negara ini telah menafikan hak diatas dan pembangunan kearah sistem pendidikan bahasa ibunda yang sempurna. Seksyen 21(2) Akta Pendidikan 1961 hingga pindaan Akta Pendidikan 1996 menunjukkan bahawa dasar pendidikan kerajaan adalah berlandaskan dasar se-budaya dan mengasimilasikan bangsa lain secara paksaan. Pendidikan bahasa Cina tidak mempunyai satu sistem pendidikan yang sempurna khususnya penggunaan bahasa Cina dari sekolah rendah, menengah hingga universiti. Ini menyebabkan kebanyakan pelajar aliran vernakular Cina terpaksa memilih memasuki sekolah jenis kebangsaan untuk menyambung pelajaran ke universiti tempatan. Oleh itu, kami menganggap masih wujud masalah penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris di sekolah jenis kebangsaan sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini disebabkan pihak kerajaan hanya melaksanakan sistem pendidikan yang semata-mata mementingkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sehingga mengabaikan kepentingan pembangunan bahasa ibunda kaum masing-masing.

Kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI, tetapi mengumumkan akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga tahun 2012. Tindakan yang mencurigakan ini seolah-olah membayangkan bahawa pihak kerajaan cuba menyembunyikan maksud tertentu daripada pengetahuan rakyat. Kami berpendapat bahawa kerajaan harus dan sekiranya dibenarkan (seperti Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Cina) memansuhkan PPSMI dengan segera, tidak perlu menunggu sehingga tahun 2012, kerana kerajaan memang tidak ada alasan untuk membuat demikian.

Dasar Pendidikan Negara akan menjejaskan pendidikan anak-anak bangsa Malaysia seumur hidup. Justeru, kami menyeru kerajaan agar sebelum sebarang polisi pendidikan dilaksanakan, kajian terperinci haruslah dijalankan oleh pakar-pakar pendidikan dan mengumpul pendapat dari rakyat sebelum melaksanakannya, dan untuk memastikan dasar pendidikan tidak dijadikan alat penghambaan keatas pemikiran rakyat. Selain itu, untuk melaksanakan pendidikan bahasa ibunda dengan efektif, kerajaan harus mengkaji semula bahasa Negara, polisi pendidikan dan kebudayaan untuk membantu pembangunan pelbagai aliran sekolah.

SUARAM cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor

(Nyam Kee Han)
Koordinator
10 Julai 2009

Labels:

Friday, December 11, 2009

Bantahan penebangan pokok bakau secara senyap-senyap!


Bantahan penebangan pokok bakau secara senyap-senyap!


SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak pihak berkuasa wajib menjawab persoalan yang dibangkitkan berikutan cadangan pembangunan industri petrokimia dan industri maritim yang melanggar polisi dan akta-akta.

[Kenyataan Akhbar SUARAM cawangan Johor Bahru pada 9hb Jun 2009]

Dua minggu selepas MB Johor Datuk Abdul Ghani melancarkan program penanaman anak pokok bakau di Stesen Janakuasa Tanjung Bin, Pontian, penebangan hutan paya bakau seluas 913 hektar untuk memberi laluan kepada pembangunan industri petrokimia telah bermula sepertimana yang telah dirancangkan. Tindakan pihak berkuasa yang tidak mempedulikan suara penduduk sekitar Mukim Serkat sebelum ini jelas apabila mereka mula menebang pokok bakau secara senyap-senyap. Ini juga jelas menunjukkan bahawa program pelancaran penanaman anak pokok bakau hanyalah suatu sandiwara pihak berkuasa untuk menipu rakyat bahawa kononnya kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar.

Pada 8 Jun 2009, lebih kurang jam 5:30 petang, kira-kira 50 orang penduduk kampung telah hadir dan mengadakan perarakan sejauh 500 meter ke tempat penebangan pokok bakau untuk membuat bantahan. Mereka yang menyertai himpunan aman ini bukan sahaja terdiri dari orang dewasa, bahkan turut disertai oleh anak-anak sekolah. Muka mereka dilukis dengan pelbagai imej spesis hidupan laut seperti ikan, kuda laut, penyu dan sebagainya. Ada juga yang memakai kad-kad dengan gambar ikan dugong, rumpai laut dan ada juga kad yang memaparkan mesej supaya penebangan pokok bakau ini dihentikan. Kain pemidang dengan perkataan “Kami SOKONG tanam Pokok Bakau, Kami BANTAH tebang Pokok Bakau” sekali lagi direntang oleh penduduk kampung dengan tujuan agar tuntutan mereka didengar oleh pihak berkuasa.

Pelbagai soalan perlu dijawab oleh pihak berkuasa. Antaranya termasuk:-
Soalan Pertama; Kawasan Sungai Pulai yang diitakrifkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap pertama tidak boleh digunakan untuk sebarang penebangan, pembalakan dan projek besar-besaran, tetapi bagaimana cadangan pembangunan industri petrokimia ini boleh diluluskan?

Soalan Kedua; pembangunan projek mega yang memerlukan penebangan hutan paya bakau melebihi 500 hektar perlu menjalankan kajian Detail Environmental Impact Assessment (DEIA), tetapi dimanakah kajian DEIA?

Soalan Ketiga; perlindungan kepada haiwan terancam seperti dugong dan kuda laut adalah wajib dibawah Akta Perikanan 1985. Pembangunan industri-industri berat seperti kilang petrokimia dan maritim di Sungai Pulai akan memusnahkan pokok-pokok bakau dan rumpai laut yang merupakan habitat bagi pelbagai hidupan laut, dan haiwan-haiwan yang mengalami kepupusan seperti dugong dan kuda laut. Apakah jaminan keatas pemulihan haiwan terancam dan pembekalan sumber laut di selatan Johor?

Soalan keempat; industri petrokimia memberi kesan ketara terhadap kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran (lingkungan kurang dari 1km) akibat pelepasan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) dan bahan toksik lain, Mengapa industri tersebut dicadangkan untuk dibina di lokasi kurang dari 1 km dari kawasan kampung di Mukim Serkat, Pontian?

SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak kepada pihak berkuasa agar persoalan-persoalan diatas wajib dijawab kepada rakyat kerana cadangan projek petrokimia dan industri maritim di Sungai Pulai telah melanggar polisi dan akta-akta institusi kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dirangka untuk menjamin perlindungan sumber asli dan kesihatan penduduk sekitar.

SUARAM cawangan Johor Bahru berpendapat bahawa segala pembangunan perlulah mengutamakan kepentingan rakyat dan juga nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat dan bukan hanya untuk kepentingan pihak korporat semata-mata serta tidak mempedulikan risiko kesihatan yang bakal timbul akibat aktiviti-aktiviti pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diwar-warkan.

SUARAM cawangan Johor Bahru juga menyeru agar pihak berkuasa melibatkan peranan penduduk kampung dan nelayan secara langsung dalam segala proses perancangan pembangunan perairan Tanjung Bin supaya kepentingan dan hak mereka dapat dipertahankan.

Akhirnya kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat, badan-badan NGO, parti-parti politik dan pihak media agar terus memberikan tumpuan kepada masalah-masalah akibat pembangunan Industri Petrokimia dan Industri Maritim ke atas penduduk kampung dan nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat.

SUARAM cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor
09 June 2009

Labels:

Krisis Ekonomi – Krisis Kapitalis

PEKERJA JANGAN BAYAR SESEN PUN UNTUK SELAMATKAN SISTEM KAPITALIS !

Hari Mei Satu menjelang lagi. Warga pekerja seluruh dunia menyambut Hari Mei Satu yang penuh bermakna ini dengan cabaran krisis ekonomi dan tekad perjuangan yang lebih tinggi pada tahun ini.

Hari Mei Satu, bukan sahaja hari kita menghargai perjuangan pekerja pada masa lampau, tetapi juga hari untuk memperingatkan para pekerja bahawa perjuangan pekerja untuk membebaskan diri daripada belenggu pemerasan dan penindasan sistem kapitalis belum lagi selesai.

Sambutan Mei Satu sebagai Hari Buruh Antarabangsa bermula daripada perjuangan pekerja menuntut masa kerja 8 jam sehari pada penghujung abad ke-19. Perjuangan tersebut telah menyaksikan pengorbanan para pejuang pekerja yang ditindas oleh golongan kapitalis yang berpakat dengan kerajaan yang pro-kapitalis. Namun, dengan tekad perjuangan yang tinggi,masa kerja 8 jam sehari telah diiktiraf sebagai satu hak asasi pekerja di seluruh dunia.

Aksi Mei Satu telah menjadi inspirasi kepada pekerja untuk berjuang demi menuntut hak dan maruah. Bagi memperingati perjuangan gagah perkasa pekerja dalam menuntut kerja 8 jam sehari, para pekerja akan berhenti kerja dan keluar berhimpun serta berarak pada Hari Mei Satu.

Dunia pada hari ini sedang menghadapi krisis yang mendalam. Krisis ekonomi yang hebat telah melanda seluruh dunia akibat daripada keruntuhan sistem kewangan di Amerika Syarikat yang menjadi minyak pelincir untuk sistem kapitalis sedunia. Krisis ekonomi sedunia yang terbaru, seperti krisis-krisis ekonomi yang sebelum ini, adalah berpunca pada sistem kapitalis itu sendiri yang hanya mementingkan keuntungan pemilik modal yang berasaskan pemerasan golongan pekerja dan alam sekitar.

Dunia kita telah semakin kaya dan produktiviti pekerja tidak pernah menurun, tetapi akibat daripada sistem kapitalis yang mengagung-agungkan pasaran bebas bagi tujuan penimbunan keuntungan oleh para kapitalis, hakikatnya adalah yang miskin menjadi lebih miskin lagi di seluruh dunia. Golongan pekerja semakin tertekan akibat daripada dasar ekonomi neoliberal yang diperkenalkan lebih kurang 30 tahun yang lepas, yang melakukan penswastaan perkhidmatan asas, liberalisasi pasaran untuk kepentingan golongan kapitalis, dasar gaji rendah untuk pekerja dan menghancurkan segala peraturan yang menjamin hak pekerja. Sekarang ini, para pekerja dan rakyat biasa ditekan lebih hebat lagi akibat krisis ekonomi sedunia.

Ini adalah krisis kapitalis, mengapa pula pekerja perlu menanggung bayarannya?

Malaysia juga tidak dapat terlepas daripada krisis ekonomi sedunia. Ramai pekerja sedang menghadapi masalah pembuangan kerja, pengurangan gaji, pengangguran dan sebagainya. Keluarga yang berpendapatan rendah akan dijejas oleh kegawatan ekonomi dan menjadi lebih miskin lagi.

Kerajaan Malaysia yang pada awalnya menafikan berlakunya krisis ekonomi di Malaysia akhirnya terpaksa bertindak dengan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, dengan pakej terbaru yang dilancarkan pada bulan Mac berjumlah RM 60 billion. Persoalan besar timbul sama ada wang yang berjumlah begitu besar ini benar-benar dapat digunakan untuk mengurangkan penderitaan pekerja ataupun hanya untuk selamatkan kroni-kroni yang rapat dengan pihak pemerintah?

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telahpun menunjukkan wajah pro-kapitalisnya dengan keengganannya untuk melaksanakan akta gaji minima, merampas hak pekerja melalui pemindaan undang-undang buruh, menyekat aktiviti kesatuan sekerja, menjalankan perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan kuasa-kuasa besar dan sebagainya. Adakah kerajaan sama yang sebelum ini menyebelahi golongan kapitalis untuk menindas pekerja, dapat menyelamatkan pekerja daripada keadaan krisis ekonomi yang mendalam ?

Rakyat Malaysia telah memberi pengajaran kepada kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum pada tahun 2008. Namun, Pemerintah masih enggan melakukan perubahan dasar yang menyeluruh demi mengembalikan kuasa kepada rakyat dan melindungi kesejahteraan rakyat. Pihak pemerintah terus mempermainkan politik perkauman, memperalatkan jentera kerajaan untuk menyekat kebebasan rakyat dan menggunakan kekayaan janaan pekerja untuk selamatkan kroni-kroni.

Krisis ekonomi yang telah menyebabkan rakyat biasa semakin tertekan ini telah mencetuskan penentangan hebat daripada golongan pekerja seluruh dunia, sama ada di benua Amerika, Eropah, ataupun di Asia. Sekiranya kerajaan-kerajaan tidak sanggup menyelesaikan krisis ini dengan menjamin kesejahteraan golongan pekerja, gelombang perjuagan pekerja yang lebih besar bakal melanda.

Dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang melanda, kita perlu sekali lagi dengan suara yang lantang menegakkan tuntutan rakyat pekerja :

1. Melaksanakan dasar yang melindungi pekerja dan rakyat miskin – menggubal akta gaji minima, melaksanakan tabung pembuangan kerja, perumahan untuk semua, tanah untuk petani dan menghentikan segala penswastaan perkhidmatan awam.

1. Kerajaan tidak boleh sama sekali menggunakan wang rakyat untuk selamatkan bank dan syarikat pemilik modal besar.
2. Kerajaan perlu merombak semula sistem ekonomi negara, dengan memberi penekanan kepada pengagihan kekayaan secara samarata, penyertaan rakyat secara demokratik dan perlindungan alam sekitar.
3. Memansuhkan segala undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), AUKU dan sebagainya.

Golongan pekerja menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara dan penjanaan kekayaan masyarakat. Namun, pihak pemerintah kapitalis tidak pernah menghargai sumbangan pekerja ini, malah segala tipu helah dan kekerasan digunakan untuk terus memeras golongan pekerja. Dalam keadaan ekonomi yang stabil, gaji pekerja ditekan pada paras yang rendah dan hak pekerja dirampas satu demi satu. Dalam keadaan ekonomi yang bergelora, pekerja pula dikorbankan untuk menyelamatkan keuntungan golongan kapitalis.

Golongan pekerja dan masyarakat tertindas tidak boleh berdiam diri dan menunggu masa untuk dicincang habis oleh kapitalis. Hanya perjuangan rakyat dari bawah dapat membawa perubahan sejati.Hanya dengan golongan pekerja bersatu sebagai satu kelas yang sedar, kita akan dapat menumpaskan pemerintahan kapitalis yang berasaskan penindasan kelas dan membina sebuah masyarakat demokrasi yang benar-benar bebas, adil dan saksama.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengucapkan selamat menyambut Hari Mei Satu kepada seluruh warga pekerja dan berharap kita semua akan menjadikan Hari Mei Satu ini satu lambang bagi semua rakyat tertindas untuk melawan segala penindasan dan pemerasan.

Marilah kita jadikan Hari Mei Satu, sebagai satu hari kita melawan balik dan menuntut kuasa pekerja!

Hancurkan sistem kapitalis! Kita tidak akan membayar sesen untuk selamatkan sistem kapitalis

Kerajaan bertanggungjawab sediakan kerja untuk semua! Tiada seorang pun patut ditinggalkan!

Hidup pekerja! Hidup Perjuangan!

Choo Chon Kai
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM

Dipetik dari laman http://diskopi.wordpress.com/

Labels:

Wednesday, December 9, 2009

Deklarasi Hari Buruh 2009


SELAMATKAN PEKERJA BUKAN KRONI !!!

Sejarah berulang! Berulang kali berlaku kegawatan ekonomi, beribu kali rakyat menderita dan berjuta-juta rakyat bangkit menuntut kebebasan dari penindasan. Krisis ekonomi kesan sistem kapitalisma yg tidak terancangan .Rakyat harus menolak kapitalisma yang telah gagal berulang kali .Ramai telah terkorban namun perjuangan tak terhenti kerana penindasan masih berterusan. Mei 1 – tanggal kebangkitan kaum pekerja 123 tahun yang lalu. Sejarah berulang sekali lagi! Kegawatan ekonomi paling teruk sejak 80 tahun lalu. Kemiskinan dan pengangguran di bawah sistem pasaran bebas sekali lagi menghantui kaum pekerja sedunia.

Eksport Negara sudah jatuh hampir 30%. Semua harga barangan eksport utama negara minyak, gas dan kelapa sawit sudah menurun Ini bermakna pendapatan negara akan berkurang. Harga barangan dan perkhidmatan asas pula melambung tinggi tanpa kenaikan gaji! Di jangka lebih 200,000 pekerja akan hilang kerja di Malaysia. Kadar pengangguran pula dijangka berganda 2 kali dari 3.1 di tahun 2008. Ini bermakna lebih kurang 667,404 kuasa buruh akan menganggur! Ini juga bererti hampir 60% keluarga di Malaysia yang kini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan akan bertambah miskin!

Apakah jalan penyelesaian pihak kerajaan? Suntikan wang 67 billion untuk mengurangkan impak kegawatan. Malangya ianya tidak disalurkan terus kepada rakyat .Tapi, hanya 2 billion diperuntukkan untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, manakala sektor swasta menerima 29 billion! 7 billion pula diberi kepada Valuecap, untuk pastikan saham di Bursa Saham tak jatuh – ertinya 7 billion wang rakyat diguna untuk membela peniaga-peniaga yang main judi di Bursa Saham! Adakah suntikan ini Kerajaan Pusat yang mempratikan kapitalisma ini hanya berhasrat menyelamatkan kroni poltiknya terlebih dahulu . Tindakan ini tidak akan membawa sebarang perubahan kepada rakyat biasa .

Jadi, Hari Pekerja, 1 May 2009 yang menjadi lambang kebangkitan kaum rakyat pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita dan ia harus disambut dengan semangat solidariti! Inilah masanya kita bersatu dan menyuarakan kepada kerajaan tuntutan-tuntutan kaum rakyat pekerja.

Deklarasi Mei Satu 2009

1. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera -Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja

2. Pastikan Pakej Stimulus kepada projek yang benar-benar memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur.

3. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .

4. Berikan Tanah untuk Pertanian kepada Pekerja yang Hilang Kerja untuk memulakan aktiviti pertanian .

5. Berikan Catuan Makanan – membekalkan makanan asas kepada keluarga-keluarga yang hilang pendapatan.

6. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui cukai baru seperti GST

7. Tunaikan Manifesto Pilihanraya terutamanya cuti bersalin, gaji minima, faedah persaraan dan lain-lain janji yang mengurangkan beban kaum pekerja.

8. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.

9. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.

10. Pengisytiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.

11. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.

12. Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.

13. Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

14. Hentikan rundingan semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan EU dan Amerika dan libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.

15. Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan Peneroka bandar. Mansuhkan Ordinan Darurat (Pembersihan setinggan 1969). Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.

16. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

Di sokong oleh

1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
3. Alaigal
4. KOMAS
5. Centre for Independent Journalism ( CIJ)
6. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
7. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
8. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Johor
9. SUARAM
10. Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)
12. Group of Concerned Citizens
13. Monitoring Sustainability of Globalisation
14. AWAM
15. EMPOWER
16. Women Aid Organisation (WAO)
17. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
18.Sister's In Islam
19. DEMA
20. JKMI
21. Pemuda Sosialis
22. Centre for Orang Asli Concrens ( COAC)
23. Gabungan Anak Muda & Pelajar, JERIT
24. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
25. Ampang Socialist Arts Club
26. Gabungan Membantah FTA
27. Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI)
28. Jawatankuasa Bertindak Ladang Abaco
29. Jawatankuasa Bertindak Ladang Braemer
30 Jawatankuasa Bertindak Ladang Bangi Lama
31. Jawatankuasa Bertindak Ladang Brooklands
32. Jawatankuasa Bertindak Ladang Denudin
33. Jawatankuasa Bertindak Ladang Glengowrie
34. Jawatankuasa Bertindak Ladang Kirby
35. Jawatankuasa Bertindak Ladang Sg. Rinching
36. Kesatuan Sekerja Guppy Plastics
37. PANGGAU, Sarawak
38. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
39. Save our Sungai Selangor
40. Suara Warga Pertiwi
41. SOS(Save Ourselves)
42. Penang Watch


Labels:

Memorandum JERIT Bersama Organisasi & Individu Kepada Menteri Besar Johor


MEMORANDUM JERIT BERSAMA ORGANISASI & INDIVIDU KEPADA MENTERI BESAR JOHOR


TARIKH: 5 Dis 2008

KAYUHAN DARI UTARA, SELATAN DAN TIMUR MENUNTUT PERUBAHAN

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang ditubuhkan pada Mac 2002 adalah satu gabungan kumpulan masyarakat yang menjadi mangsa sistem politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran negara yang berat sebelah kepada segelintir kecil golongan berada dan kaya.

JERIT telah memimpin beberapa kempen. Antaranya ialah kempen Akta Gaji Bulanan, kempen Hak Rumah Selesa, Kempen Mansuhkan ISA, AUKU dan akta zalim lain dan Kempen Tutup Sektor Ladang. Kempen-kempen ini telah berjaya memupuk semangat kepada golongan tertindas untuk terus menuntut hak mereka. Malah pilihanraya ke-8 membuktikan tahap kesedaran rakyat dalam menuntut perubahan. Perubahan kerajaan tidak semestinya membawa perubahan kepada taraf hidup rakyat.

Kemelesetan ekonomi sedang merebak ke seluruh dunia dan rakyat miskin menjadi mangsa pertama yang akan kehilangan kerja dan pendapatan. Kerajaan Perseketuan pula asyik kata kita akan selamat dari krisis ini! Banyak kerajaan lain pula sibuk menjaga kepentingan kaum majikan. Siapa yang bertanggungjawab ke atas 10.7 juta pekerja di Malaysia dan 37% rakyat miskin yang berpendapatan kurang dari RM1,500?

Jurang kaya dan miskin masih tinggi. 57.7% isi rumah (Jabatan Statistik, 2007) berpendapatan kurang daripada RM3, 000 sebulan walhal pendapatan per kapita (Jabatan Statistik, Sept 2008) adalah RM2,043 (bermakna sebuah keluarga 5 orang harus mempunyai pendapatan RM2,043 x 5 = RM10,215. Jadi mana perginya RM7,000 lagi?)

Maka itu, KEMPEN BASIKAL dimulakan dari 3 penjuru Utara-Selatan-Timur. Ia bertujuan mempopularkan tuntutan rakyat dan menyerahkan tuntutan rakyat kepada wakil pemerintah di setiap kawasan dan negeri. Di Johor, kempen ini akan bermula dari Skudai pada 6 Disember 2008 dan tiba di Gemas pada 9 Disember 2008.

Kempen ini akan diakhiri di Parlimen pada 18 Disember 2008 dimana satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri menuntut isu rakyat biasa diselesaikan.


TUNTUTAN-TUNTUTAN RAKYAT TERTINDAS

Tuntutan-tuntutan yang dikemukakan di peringkat Johor adalah seperti berikut:

1. Mansuhkan Akta Zalim ISA, EO, DDA, AUKU, OSA

• Undang-undang yang zalim dan lapuk seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ISA), Ordinan Darurat (EmergencyOrdinance, EO), Akta Dadah Berbahaya (Dangerous Drugs Act, DDA) masih digunakan secara meluas untuk menahan suspek tanpa proses perbicaraan.
• Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digunakan terhadap pelajar universiti supaya merka tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau pertubuhan politik.
• Kebebasan akhbar dan media massa kekal dikawal secara ketat melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Printing press and Publicatiuon Act, PPPA). Akibatnya akhbar harian di Malaysia tidak dapat menyiarkan berita yang benar.Malaysia telah mencatatkan pencapaian terburuk dalam kedudukan indeks kebebasan akhbar yang dikeluarkan oleh Reporters without Borders- menjunam ke anak tangga 132. Bloggers juga dikecam dengan tindakan undang-undang kerana memaparkan pandangan yang berbeza tentang kerajaan.
• Kerajaan terus menggunakan Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act, OSA)secara sewenang-wenang dengan mengancam suspek dan maklumat-maklumat penting dan wajar dikongsi bersama rakyat Malaysia, disekat.

Maka, untuk menjaga kepentingan kelas pekerja dan rakyat biasa, akta –akta zalim yang merampas hak asasi manusia harus dimansuhkan.

2. Menghormati Hak Berpersatuan

Berdasarkan Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, semua warganegara Malaysia mempunyai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang merupakan ciri-ciri penting dalam sistem negara demokrasi. Akan tetapi, tindakan kerajaan mengharamkan kumpulan HINDRAF, berkali-kali menghalang perhimpunan secara aman seperti perhimpunan BERSIH, himpunan malam Anti ISA dan lain-lain telah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.


3. Harga Barangan Dikawal Dan Berpatutan

Kadar inflasi 8.5% yang tertinggi dalam masa 27 tahun. Kenaikan harga petrol dari RM 1.92 kepada RM2.70 pada Mei 08 telah melonjakkan semua harga barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak dan makanan. Kenaikan tarif elektrik bermula pada Julai 1, 2008. Kenaikan harga tambang bas. Tetapi, tiada kenaikan gaji. Kenaikan harga barangan asas dan perkhidmatan awam lebih 20% amat membebankan rakyat. Rakyat mesti dilindungi:

• Rakyat berhak mendapat barangan asas dengan harga murah dan berpatutan
• Barang kawalan yang dikawal harganya perlu dipastikan mencukupi dengan permintaan rakyat.
• Galakkan pertanian dengan memberi tanah dan subsidi baja dan penduduk Bandar harus diberi insentif untuk menanam bahan makanan.
• Pencatuan Makanan (Ration) kepada keluarga miskin yang berpendapatan kurang daripada RM1, 500

4. Lindungi Pekerja Semasa Krisis

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi golongan berpendapatan rendah terutama dalam keadaan ekonomi meleset. Adalah tidak bermoral kerajaan amalkan polisi buruh murah dan undang-undang Buruh yang menindas pekerja. Walaupun pekerja bukan punca krisis ekonomi namun mereka yang sering menjadi mangsa. Sebuah kerajaan prihatin mesti segera;

i) Mengubal Akta Gaji Minima RM1500

Pada tahun 2007, pihak Kerajaan yang telah mengumumkan kenaikan gaji sehingga 35% kepada kakitangan sektor awam dan tambahan kenaikan sebanyak 20% untuk pihak polis. Kerajaan mengakui kos sara yang tinggi adalah faktor utama bagi kenaikan gaji tersebut. Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja swasta yang lain?

Gaji pokok yang diterima oleh pekerja kilang sekitar RM350 hingga RM480 sahaja. Statistik MTUC menunjukkan 2 juta pekerja di Malaysia hanya menerima RM600 gaji sebulan. Statistik Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-8 menunjukkan 25% daripada rakyat Malaysia memperolehi pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,000 sebulan. Jadi adalah wajar dan tepat masanya untuk pihak Kerajaan menggubal Akta Gaji Minima RM1500.

ii) Mengimplementasi Tabung Pemberhentian Kerja terutama kepada pekerja kontrak dan mereka yang kehilangan kerja akibat syarikat menjadi bankrap

iii) Mewujudkan Peluang Pekerjaan. Kini tahap pengangguran 3.5%. Kadar ini akan meningkat akibat krisis ekonomi dan taraf hidup rakyat akan menjadi lebih teruk.

5. Perumahan Selesa Untuk Rakyat

Rumah yang selesa adalah hak asasi manusia tetapi rakyat Malaysia terutamanya peneroka bandar dan pekerja ladang mengalami masalah pengusiran paksa dari tempat tinggal mereka. Deklarasi antarabangsa untuk Adequte Housing menyatakan bahawa dasar perumahan selesa perlu disediakan kepada setiap rakyat. Kerajaan perlu bina rumah teres kos rendah atau memperuntukkan lot tanah untuk membina rumah yang mencukupi, murah dan berkualiti untuk keselesaaan dan keharmonian kehidupan keluarga warga pekerja.

6. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas

Penswastaan perkhidmatan kemudahan asas menyebabkan tarif elektrik naik, kos penyelenggaraan di flat-flat perumahan melambung tinggi, perkhidmatan hospital kerajaan yang bertukar wajah ke swasta membebankan lagi rakyat. Hampir segala keperluan asas rakyat dari segi makanan, air, elektrik, pendidikan, pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan telah dan sedang diswastakan. Ini secara langsung telah menambahkan beban rakyat.

7. Kembalikan Pilihanraya Majlis Tempatan

Pilihanraya majlis tempatan yang pertama diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 1857. Namun, pada tahun 1963 amalan ini telah dihapuskan dan melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976, ahli majlis tempatan dilantik oleh kerajaan negeri dan bukan lagi dipilih oleh rakyat.

Tanpa pilihan raya, ahli majlis tempatan tidak bertanggungjawab terhadap konstitusi mereka terutamanya kepada pembayar serta tidak telus dalam tindakan mereka. Sistem pemilihan ini tidak mempedulikan rungutan dan masalah orang ramai kerana ahli majlis yang dilantik tidak khuatir atau takut akan dibuang walaupun prestasi kerja yang buruk.

Di samping itu, korupsi dan penyalagunaan kuasa telah semakin serius di kalangan ahli majlis. Contohnya:

• Ahli Majlis Perbandaran Klang YB Datuk Zakaria Mat Deros yang membina rumah bangalonya di Kampong Idaman tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang;
• Majlis Perbandaran Subang yang membina tandas awam dengan kos RM90,000 satu;
• Majlis Perbandaran Ipoh yang membeli meter parking dengan kos RM34,000 satu;
• Majlis Perbandaran Penang yang membina jejentas (Fly over) di Jalan Masjid Negeri dengan kos Rm7.95 million dan memberi kebenaran kepada projek pembinaan jalan Penang Outer Ring Road, kosnya RM1.02 billion
• Dewan Perbandaran Kuala Lumpur yang membayar RM542 satu meter granite kerbs; (sebenarnya concrete kerbs ini hanya berkos RM27)

Rasional tuntutan

Kerajaan Tempatan mendapat pendapatan mereka melalui pelbagai jenis cukai yang dibayar oleh orang ramai. Namun, pembayar cukai tidak diberi hak untuk menentukan calon mereka. Oleh itu, kini sudah tiba masanya untuk kita:

• Memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang lebih demokrasi!
• Menghapuskan korupsi dan penyelewengan yang semakin berleluasa!
• Menghapuskan kronisma dan mewujudkan ahli majlis yang lebih bertanggungjawab!

KESIMPULAN

JERIT menuntut setiap wakil rakyat dan wakil pemerintah yang menerima memorandum ini agar membawa isu-isu ini ke Parlimen dan berusaha mengubal undang-undang baru demi melaksanakan tuntutan rakyat tertindas.

Labels:

Kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” JERIT Johor

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS
8A, JLN RONGGENG 11,
TMN SKUDAI BARU,
81300 SKUDAI,
JOHOR DARUL TAKZIM

Kepada Ketua Editor,

Kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” JERIT Johor
Kenyataan Akhbar 20 Disember 2008

Kami merupakan satu jawatankuasa kerja yang menganjurkan kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” JERIT dalam kawasan negeri Johor. Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan adalah satu inisiatif oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) iaitu satu jaringan yang terdiri daripada gabungan pekerja kilang, masyarakat ladang, petani, peneroka bandar dan anak muda dan pelajar. Kempen ini dianjurkan bersama dan turut disertai oleh sesetengah kumpulan-kumpulan masyarakat, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, NGO, kesatuan sekerja dan parti-parti Politik.

Kempen ini akan dilancarkan pada 3 Disember 2008 di Kedah, Johor dan Kelantan, dan seterusnya berbasikal dari negeri-negeri ini menuju ke Kuala Lumpur. Kami akan melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak, penggunaan akta zalim seperti ISA ke atas rakyat, isu global seperti krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia. Kami akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, teater jalanan dan persembahan di tempat persinggahan dengan penglibatan masyarakat setempat. Pengayuhan di peringkat Johor bermula pada 6 Disember 2008 dari Skudai menghala ke utara.

Secara amnya, perhatian rakyat Malaysia kini dialihkan dengan pelbagai isu lain yang berlaku tanpa memberi penekanan isu yang memberi kesan kepada rakyat. Maka, kempen berbasikal Nasional ini adalah satu cara untuk fokuskan pandangan rakyat terhadap masalah sebenar yang dihadapi dan bagaimana ianya boleh diatasi. Masalah rakyat hanya dapat diatasi dengan perubahan yang berdasarkan tuntutan rakyat. Kempen ini akan diikuti dengan menghantar memorandum ke parlimen pada 18 Dis 2008 untuk tuntut perubahan.

Tuntutan kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” JERIT dalam peringkat nasional adalah seperti berikut:

a) Mansuhkan ISA
b) Kawal Harga Barangan
c) Gubal Akta Gaji Minima
d) Perumahan Selesa untuk Rakyat
e) Kembalikan Pilihanraya Majlis Tempatan
f) Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas

Manakala dalam peringkat negeri Johor, kami akan memberi tumpuan dalam tiga perkara berikut:

a) Mansuhkan ISA
b) Hak berpersatuan dan pengharaman Hindraf
c) Kenaikan harga barangan dan kos sara hidup

Di negeri Johor, kempen kami akan bermula dari Johor Bahru, melalui Skudai, Simpang Renggam, Kluang, Labis, dan Segamat sebelum sampai ke Negeri Sembilan. Kami mengambil kesempatan di sini untuk menyeru supaya sesiapa warga Johor yang berminat untuk:

• Menyertai Jawatankuasa Kempen Basikal dalam Peringkat Nasional / Tempatan
• Menjadi pengayuh basikal dalam negeri Johor atau dari Johor ke Kuala Lumpur
• Memberi sumbangan dalam bentuk wang atau barang lain yang diperlukan seperti basikal, makanan dan minuman dll
• Menyeru pertubuhan/parti yang disertai untuk meluluskan resolusi menyokong tuntutan JERIT

Jawatankuasa kerja kami terdiri daripada sebilangan NGO dan parti politik yang bergiat aktif di negeri Johor. Senarai ahli jawatankuasa kerja ini termasuk:

• Persahabatan Semparuthi Johor
• National Union of Plantation Workers (NUPW) Cawangan Johor
• A// Liberty Collective
• Kelab Penyokong PAS
• SUARAM Cawangan Johor Bahru
• Friends of SUARAM Johor
• Parti Sosialis Malaysia (Johor)
• Perjuangan Masyarakat Setinggan
• Angkatan Muda Keadilan Simpang Renggam
• Persatuan Tamil Neri Cawangan Johor
• Persatuan Telugu Johor
• MTUC Johor
• PAS Kawasan Johor Bahru
• Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
• MakkaL Sakti Johor
• Aktivis Bebas

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
Saudara Zaaba : 019 – 7320177
Saudara Sidiqin : 013 – 7056243
Saudara Rajandran : 016 – 7521848
Saudara Nyam : 016 – 7782707

Labels: